Friday, 23 May 2014

[Video] DS Anwar Han Chiang College: UMNO Sombong dan Samseng!...Politik Korap...

Sabtu, 24 Mei 2014



Perkasa Dan Pemuda Umno Amal Politik Samseng, Kata Ahli Parlimen

rusuh1

Tindakan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyokong pemuda Umno menyerbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menunjukkan beliau bersetuju dengan politik samseng bermaharajalela di negara ini.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata tindakan pemuda Umno itu bukan sahaja disebabkan kenyataan Rayer, malah kemarahan terbabit mula terkumpul apabila DAP memperkenalkan calon Melayu bagi Pilihan Raya Teluk Intan, Dyana Sofea.

“Seperti biasa Umno menganggap orang melayu mesti menjadi calon kepada parti Melayu, oleh itu mereka mula memainkan isu perkauman.

“Tindakan mereka itu juga berbeza dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerapkan perpaduan kaum.

Retorik itu digagalkan oleh mereka sendiri di Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan media.

Semalam, kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur kerana membantah kenyataan wakil rakyat DAP Seri Delima, R.S.N Rayer.

Bantahan itu juga menyaksikan sebuah papan tanda besar DAP dirobohkan.

Kemarahan itu juga dinyatakan dalam memorandum yang dibawa mereka atas nama Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.

selangorkini

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena