Friday 23 May 2014

PRK Tk Intan: Hukum Menentang Umno... Dyana, Abang Dah Langgar Kapalterbang!

Jumaat, 23 Mei 2014

Islam vs Sekular : Hukum Menentang Umno

Mana perginya ulamak/ulamak muda Umno tentang perbuatan Najib ini 

Mengikut kitab Umno barang siapa yang meninggalkan Umno di atas sebab-sebab kesihatan, atas sebab peribadi, bersara, tidak lagi mampu memimpin tetapi masih memberi sokongan kepada Umno maka ianya   dianggap makruh dan sesiapa yang meninggal kan Umno kerana ingin menjatuhkan atau memberi sokongan kepada mana-mana calon dari PR maka hukumnya adalah haram. Bukan setakat haram malah mereka dianggap menderhaka kepada Umno dan BN umumnya.

Anda dianggap berdosa besar kerana menderhaka Umno dan mestilah kembali kepada Umno dengan penuh keinsafan 101 peratus dan melakukan ritual mencium tangan Mahathir atau pun mencium cincin berlian Rosmah. Dengan melakukan perkara yang disebut di atas, maka dosa-dosa anda sudah dianggap terampun sepenuhnya. Ini adalah merujuk kepada kitab Umno kerana menderhaka kepada Umno lebih besar dosanya daripada menderhaka terhadap Allah S.W.T dan Rasul Nya.

Bagi penganut Umno yang berguru kepada UlatMamak seperti Maulana Kyai Mahathir al-Kutti Wal Madrasi, Al-Quran, Sunnah, Sahabat r.a. dan alim ulama adalah sampah bagi mereka disebabkan mereka semualah umat Melayu/Umno Celaka mundur dan ketinggalan dalam ekonomi berbanding dengan bangsa/negara lain.

Kerana gambar inilah yang menyelamatkan Mahathir/BN untuk terus memerintah

Hanya gambar tengkolok bersalib Ku Li sahaja yang ada dan gambar tengkolok bersalib milik Mahathir lenyap tanpa dapat dikesan

Bagi pemikiran sekular Mahathir yang usia sudah melangkau senja, jika ini haram itu haram bagaimana Melayu/Umno Sial nak maju sebagaimana contoh yang ditunjukkan oleh anaknya yang berjaya menjadi kaya-raya dalam perniagaan araknya yang berpengkalan di Filipina. Jika kita asyik melaungkan pelaksanaan Hukum Syariah, pelabur-pelabur asing tidak akan lagi melabur kat Malaysia.

Anda boleh menderhaka kepada Allah S.W.T. tetapi tidak kepada Umno kerana Umnolah yang memberi rezeki kepada rakyat Malaysia. Undang-undang sekular dan perlembagaan Lord Reid lebih tinggi darjatnya daripada undang-undang Islam yang berteraskan Al-Quran dan Sunnatullah kerana undang-undang Syariah adalah ciptaan ulama-ulama Fekah.

Adakah para alim ulama ini lebih hebat atau mulia berbanding dengan Mahathir yang mana beliau pun ada membaca tafsiran Al-Quran berbahasa English. Jika anda mahu lihat bagaimana penganut Umno Celaka yang berpegang teguh kepada kitab Umno, lihatlah kejayaan anak-anak, suku-sakat dan para pengampu yang berjaya meletakkan diri mereka menjadi antara orang terkaya di negara.

Lihatlah bagaimana Tun Hanif Omar yang menjadi naib pengerusi Genting Berhad yang tersohor sebagai pusat perjudian terkemuka di peta dunia. Bagaimana bekas Ketua Polis Negara yang mengatakan tiada satu ayat pun didalam Al-Quran yang menyebut 'JUDI' itu haram. Berbeza dengan kitab Umno yang menyatakan judi itu menjadi haram kerana syarikat memiliki permit dari kerajaan.

Judi dan arak akan menjadi halal jika mereka memiliki permit yang sah. Kerana perjudian dan araklah yang memberi kerajaan keuntungan melalui cukai yang dikenakan. Sepatutnya orang Umno Celaka patut bersyukur kerana selain TS LGT, datuk kepada Najib dan Hishamudin adalah pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat perjudian itu. Anda boleh menderhaka kepada Allah S.W.T dan Rasul Nya S.A.W tetapi jangan sesekali anda menderhaka Umno....... Wallahualam.

Arak itu halal jika anaknya memiliki saham yang besar

Pembunuh umat Islam di Memali

Nujum Mahathir Rasa Perkara Buruk Akan Menimpa Umno

Agak pelik apabila Tun Mahathir Mohamad ‘tumpang semangkuk’ memperkatakan tentang kemunculan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Bagi blogger Abu Hassan Adam, kebiasaanya tokoh dan negarawan seperti Mahathir tidak begitu mempedulikan tentang PRK sebegini, apatah lagi apabila calonnya merupakan calon muda.

"Dan tentulah tidak ‘layak’ agaknya Tun Mahathir mencampuri urusan sedemikian," tulis beliau di dalam blognya.

Justeru, menurutnya ramai rakyat mula mempersoalkan mengapa Mahathir ‘berkelakuan’ sedemikian dengan memberikan komen yang agak pedas kepada ‘ibu bapa Umno’ yang seolah-olah ‘salah asuh’ anak-anak mereka sehinggakan sanggup ‘menderhaka’ kepada parti Umno seperti yang dilakukan oleh Dyana.

"Seolah-olah Tun Mahathir amat bimbang dengan kehadiran Dyana dalam PRK Teluk Intan. Seolah-olah Tun Mahathir sudah dapat merasai sesuatu keadaan buruk akan menimpa parti Umno (BN) tidak lama lagi," tulisnya lagi.

PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi. HD
Atas Pemikiran 

Dyana, Abang Dah Langgar Kapalterbang!

"Semalam abang langgar kereta Lim Guan Eng sampai kemek, hari ini abang langgar kapalterbang.  
Sudahlah Dyana, buang yg keruh ambik yg jernih. Buang DAP, ambiklah HAMNO. Kembalilah ke pangkal jalan Dyana. Kembalilah kepada kami. Bersama-sama kami di HAMNO menegakkan agama, bangsa & negara"
 Pooorah cit!
KAH KAH KAH KAH KAH!

SAMSENG JANTAN UMNO BENCI DYANA,PUTERI UMNO SUKA DYANA.

Gelagat jantan UMNO,yang marah dengan kehadiran Dyana,di Pasar malam Pdg Tembak,Teluk Intan. 

Dyana,tetap sabar dan masih boleh senyum.
 Anggota Putri UMNO ,politik bijak tak meroyan macam jantan UMNO di atas.UMNO Teluk Intan sudah hilang punca.UMNO Perak pula seakan lepas tangan.Pilih pula   calon kitar semula.SISI BUKIT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena