Wednesday 28 May 2014

Kenderaan Kementerian Pertahanan membawa Jenazah Almarhum dari IJN ke Seri Istana Iskandariah

Khamis, 29 Mei 2014

Jenazah Almarhum Sultan Perak Tiba Di Istana Iskandariah



KUALA KANGSAR: Jenazah Sultan Perak Sultan Azlan Shah tiba di Istana Iskandariah, di sini pada pukul 8.15 malam Rabu.

Jenazah Almarhum yang dibawa oleh kenderaan Kementerian Pertahanan dari Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur disambut Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim.

Turut mengiringi adalah kenderaan membawa Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun serta kerabat diraja yang lain. 
Raja DiHilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Shahar Shah tiba di istana pada pukul 9.15 malam. 

Seramai 30 pelajar Ma'ahad Tahfiz Masjid Negeri hadir untuk menyempurnakan majlis tahlil dan bacaan Yasin sepanjang malam ini yang berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah.

Tinjauan Bernama mendapati kenderaan silih berganti keluar masuk istana yang membawa kerabat diraja, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai kerajaan dan pasukan keselamatan. 

Laluan utama yang menuju ke Istana Iskandariah di Bukit Chandan, di sini ditutup berhampiran menara jam Kuala Kangsar bagi melancarkan lalu lintas. 

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok. 

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir
Kenderaan Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah Beredar Dari IJN
Kenderaan kerabat Diraja Perak turut kelihatan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) mengiringi kenderaan jenazah Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah untuk dibawa pulang ke negeri Perak, Rabu. -fotoBERNAM

KUALA LUMPUR: Kenderaan yang membawa jenazah Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah beredar dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini petang ini menuju ke Kuala Kangsar, Perak.

Kenderaan itu beredar dari perkarangan IJN pada kira-kira 5.08 petang dengan diiringi kenderaan kerabat diraja Perak dan polis.

Terdahulu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah turut dilihat berada di IJN.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir mengumumkan Almarhum Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena