Friday, 30 May 2014

[Video] Menara Condong Ceramah Finale...Isteri ADUN kena tampar...Wanita DAP ditumbuk!

Jumaat, 30 Mei 2014



Hari terakhir berkempen , ribuan hadirin membanjiri ceramah kemuncak DAP yang diadakan di dataran Jalan Mahkota di bandar Teluk Intan.

Kira-kira 10,000 orang membanjiri dataran tersebut untuk mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat, sehingga melimpah ke jalan utama dan ada juga menonton dari laluan jalan kaki rumah kedai berhampiran.

Jumlah hadirin bertambah ramai dengan lebih ramai pemimpin kanan DAP datang kemudian pada waktu malam, termasuk calon Dyana Sofya Mohd Daud.

MP DAP Seremban, Anthony Loke menggesa orang ramai untuk meminta semua rakan mereka yang merupakan pengundi di Teluk Intan supaya balik mengundi esok.

Mengundi bermula pada pukul 8 pagi esok di 37 daerah mengundi bagi lebih 60,000 pengundi.

Kesesakan lalulintas lebih 1km berlaku di sepanjang Jalan Changkot Jong menandakan bahawa pengundi luar kawasan dalam perjalanan pulang ke Teluk Intan.
batu vs kayu




SAMSENG!

VIDEO: ISTERI ADUN JALONG DITAMPAR OLEH PEMUDA MIC DI TELUK INTAN



Video isteri ADUN Jalong Loh Sze Yee ditampar pemuda India ketika memasang kain rentang di Teluk Intan.

Klik link di bawah untuk melihat aksi kurang ajar pemuda MIC tersebut

PRK Teluk Intan : Wanita DAP Ditumbuk Ketika Berkempen !



10364099_502788296488462_6618173266283744189_n

Tinggal beberapa jam sahaja sebelum kempen pilihanraya kecil Teluk Intan berakhir, namun itu tidak menghalang pihak lawan daripada mengasari petugas-petugas wanita daripada DAP.

Bavani a/p Veraiah dan Leong Pooi Wan, petugas sukarela Wanita DAP sedang menaikkan kain rentang DAP berhampiran Maybank pekan Teluk Intan pada jam 3 petang ketika mereka dihampiri tiga lelaki yang mula menengking mereka dan menghamburkan kata-kata lucah.

Kejadian sempat dirakamkan Leong yang juga isteri kepada ADUN Jalong Loh Sze Yee. Menurut penduduk tempatan, tiga lelaki tersebut adalah anggota parti MIC.

Leong kemudiannya ditampar manakala Bavani ditumbuk di pipi kiri apabila mereka cuba untuk mendapatkan bantuan daripada petugas DAP yang lain.

Bavani dan Leong telah pun membuat laporan polis sejam selepas kejadian. Mereka ditemani wakil rakyat DAP termasuk Pengerusi Wanita DAP Chong Eng, dan ADUN Rahang Mary Josephine.

- Roketkini


Dipos oleh Loh SzeYee.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena