Thursday, 29 May 2014

BN RAMPAS Majlis Perwaris...Tiada ahli DAP sertai BN..malunya Umno!

Jumaat, 30 Mei 2014
Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Perwaris) 

BN rampas majlis perwaris


Tiada seorang pun wakil DAP menyertai BN

DAP PC


TELUK INTAN: Sebuah badan bukan kerajaan  (NGO) hari ini mendakwa Barisan Nasional  (BN) telah ‘merampas’ majlis amal mereka malam kelmarin dengan mendakwa membawa seramai 150 ahli DAP untuk menjadi ahli BN.

Badan NGO tersebut, Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Perwaris) berkata bahawa BN telah menggunakan kesempatan tersebut untuk kepentingan sendiri.

Wakil Perwaris tersebut Mohd Yusuf Abdul Manaf yang hadir di sidang akhbar parti DAP tengahari tadi berkata tujuan sebenar mereka mengadakan majlis tersebut adalah untuk menjemput wakil dari Gerakan, Datuk  Mah Siew Keong untuk bersama sama Perwaris dalam mendengar luahan hati pemandu teksi di Teluk Intan.

“Pada asalnya kami mahu Mah untuk hadir tetapi beliau tidak hadir. Kami kecewa,”

“Kami mahu beliau mendengar luahan kami tetapi sebaliknya majlis tersebut menjadi majlis BN untuk mengumumkan ‘kemasukan’ ahli DAP kedalam parti tersebut,” kata Yusuf yang juga timbalan pengurusi persatuan teksi Teluk Intan.

Dalam sidang akhbar yang sama, bekas ahli parlimen Teluk Intan selama dua penggal M.Manogaran memberitahu pemberita bahawa tiada seorang pun wakil parti DAP yang keluar parti pada malam tersebut.

Turut hadir adalah S.Santhi wanita yang dikatakan dipaksa untuk memakai baju BN sewaktu majlis tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk  Ahmad Maslan.

“Tiada seorang daripada DAP keluar parti malam tersebut. Mereka telah ditipu oleh BN bahawa mereka akan menerima hamper jika menghadiri majlis tersebut,”

“Sebaliknya mereka dipaksa memakai dan memegang bendera BN,” kata Manogaran.

Santhi pula mendakwa bahawa beliau khuatir akan keselamatan diri beliau kerana dikelilingi oleh ramai wakil parti BN dan oleh itu beliau terpaksa menuruti perintah daripada penganjur.

“Saya takut akan di apa apakan oleh itu saya ikut sahaja apa yang disuruh,” kata Santhi yang merupakan ahli parti DAP dan sekarang pemandu teksi.

Pada malam 27 Mei, BN mendakwa seramai 150 wakil parti DAP akan menyertai BN kerana kecewa dengan parti politik tersebut.

Akan tetapi hanya tiga orang yang mendakwa diri mereka wakil DAP hadir di majlis tersebut termasuk Santhi.

Sejurus selepas majlis tamat, Santhi mendakwa telah ditipu oelh penganjur ketika ditemu bual pemberita.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena