Sunday 25 May 2014

Ramkarpal menang, tiga hilang deposit... Menang dengan majoriti sama di Bukit Gelugor...

Isnin, 26 Mei 2014

Harimau Muda sambung legasi Bukit Gelugor - Calon DAP, Ramkarpal Singh berjaya memenangi kerusi Parlimen P51, Bukit Gelugor dengan undian 41242.

Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon bebas.

Calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan mendapat undian sebanyak 3583 diikuti dengan calon bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nab
i Abd Sathar dengan undian sebanyak 798 dan Abu Bacher Sidek dengan 225 undian.

Berikutan kekalahan itu, ketiga-tiga mereka telah hilang deposit.

Jumlah keseluruhan pengundi bagi parlimen P51, Bukit Gelugor adalah seramai 82431 orang.

Kaum Cina menjadi majoriti dengan berjumlah 61112 orang iaitu dengan peratusan sebanyak 74.49%, ia disusuli pengundi Melayu berjumlah 11880 orang atau 14.48%.

Manakala kaum India seramai 8660 dengan peratusan sebanyak 10.56%.

Pada pilihan raya kali ini peratusan pengundi sebanyak 56 peratus dan ia menjadi antara yang terendah dalam sejarah PRK di negara ini.

Sebaik sahaja pusat pengundian ditutup, hanya 46,099 orang daripada 82,431 pemilih menjalankan tanggungjawab masing-masing di 17 pusat mengundi di kawasan berkenaan.

Walaupun ia berlangsung dengan tenang, peratusan keluar mengundi yang dicatatkan tersasar lebih rendah daripada jangkaan SPR iaitu 80 peratus.

Ia juga jauh lebih rendah berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu sebanyak 85.35 peratus.

Sebelum ini, PRK Kajang juga mencatatkan peratusan keluar mengundi yang agak rendah iaitu 72 peratus.

Bagaimanapun PRK Dewan Undangan Negeri(DUN) Penanti pada 2009 mencatatkan jumlah paling rendah, hanya 46 peratus.

Dengan kemenangan itu, Ramkarpal diberi kepercayaan untuk meneruskan legasi mendiang bapanya, yang sinonim dengan gelaran Harimau Jelutong.

“Harimau Muda” yang lahir pada 9 April 1976 merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik.

#MediaPakatan LIKE✔ SHARE✔ COMMENT✔


Setakat jam 6.30 petang, Ramkarpal Singh memperoleh 5,478 undi dengan jumlah pengundi tidak rasmi yang keluar menunaikan tanggungjawab adalah 56%. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2014.
Setakat jam 6.30 petang, Ramkarpal Singh memperoleh 5,478 undi dengan jumlah pengundi tidak rasmi yang keluar menunaikan tanggungjawab adalah 56%. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2014.

Calon DAP, Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor dengan jumlah majoriti hampir sama tahun lepas walaupun jumlah pengundi merosot, menurut keputusan tidak rasmi.
Ketua komunikasi parti, Ng Wei Aik berkata DAP menerima 43,500 undi manakala tiga lagi calon Bebas memperoleh 1,500 undi keseluruhan.
Jumlah pengundi tidak rasmi yang keluar menunaikan tanggungjawab adalah 56%.
Setakat jam 6.30 petang, Ramkarpal memperoleh 5,478 undi manakala lawannya daripada Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan memperoleh 677 undi.
Dua calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohammad Zan dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar masing memperoleh 50 dan 148 undi.
Dengan perkembangan ini, Ramkarpal dijangka memenangi kerusi yang sebelum ini disandang bapanya, Karpal Singh yang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun, jumlah pengundi yang keluar mengecewakan harapan DAP untuk menang dengan jumlah majoriti lebih besar berbanding tahun lalu.
Dalam pilihan raya umum tahun lalu, Karpal menang dengan majoriti 41,778 undi berbanding calon MCA, Teh Beng Yeam (Barisan Nasional), dengan jumlah pengundi yang keluar sebanyak 85%.
Awal hari ini, Setiausaha Agung DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Geng berkata jumlah pengundi yang kecil sememangnya sudah dijangka memandangkan Ramkarpal sejak awal lagi diramal akan menang kerusi tersebut tersebut, yang juga dianggap kubu kuat DAP sejak 2004.
Terdapat 82,431 pengundi di Bukit Gelugor,  74.33% (61,267) Cina, 14.45% (11,913) Melayu, 10.73% (8,848) India dan 0.49% (403) pengundi lain-lain. – 25 Mei, 2014.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena