Sunday, 25 May 2014

Dyana Sofya FC...'Lepak' besama Dyana tonton final Piala Thomas...

Ahad, 25 Mei 2014












Posted & copy by 

'Lepak' besama Dyana tonton final Piala Thomas

NAZRI ABDULLAH | .
TELUK INTAN: Warga Teluk Intan hari ini diajak untuk menonton perlawanan akhir badminton Piala Thomas bersama calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofya.

Dyana akan hadir untuk bersama masyarakat menonton perlawanan tersebut jam 5.30 petang ini di Markas PRK di Lorong Cengal, Taman Seri Setia di sini.

Ianya sebahagian daripada jadual kempen Dyana Sofya dalam usaha mendekati pengundi khususnya anak-anak muda menjelang hari pengundian 31 Mei ini.

Petang ini, Malaysia akan menentang Jepun dalam merebut kejuaraan piala berprestij itu.

Pasukan negara berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah menewaskan Indonesia 3-0 sementara Jepun pula mengetepikan juara bertahan, China dengan keputusan yang sama.

Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1992 sementara 2002 muncul naib juara. - HARAKAHDAILY 25/5/2014

Jentera Wanita Pakatan Mahu Pastikan Dyana Menang



TELUK INTAN: Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat bersatu hati menggerakkan jentera dalam misi memenangkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang diwakili DAP.

Dalam Himpunan Jentera Wanita Pakatan Rakyat yang diadakan di Markas Operasi Induk PAS, Padang Tembak dekat sini pagi tadi, seluruh jentera berikrar akan bekerja keras dalam baki tempoh kempen.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, penyatuan gerak kerja Pakatan Rakyat yang sangat utuh ketika ini khususnya wanita sangat digeruni oleh Umno.

Mereka katanya sangat takut apabila pelbagai usaha dan dakyah yang dibuat untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat menghasilkan kegagalan sebaliknya jentera Pakatan Rakyat tetap kekal semangat setiakawannya.

"Jangan ada dari kalangan kita khususnya Muslimat PAS yang terpengaruh dan mudah dilagakan oleh Umno antara sesama kita.

"Ini semua jarum-jarum daripada musuh untuk memecah belahkan sesama kita," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Wanita DAP, Chong Eng berkata, beliau sangat terharu dengan kesungguhan jentera terutama Muslimat PAS yang membantu sedaya mungkin bagi memastikan Dyana sampai ke parlimen kelak.

Katanya, Umno dalam keadaan tertekan apabila DAP yang kononnya anti bangsa Melayu telah mencalonkan Dyana yang merupakan seorang Melayu beragama Islam.

"Saya tegaskan, ini bukan soal bangsa, tetapi kita kena sokong calon yang tiada kepentingan, bukannya untuk mementingkan kroni semata-mata.

"Kita perlu buktikan wanita juga boleh setanding dengan lelaki dalam aspek kepimpinan," katanya kepada ratusan jentera wanita Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Pilihanraya Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi menggesa seluruh tenaga untuk fokus untuk menjalankan gerak kerja dan mengelak daripada mengeluarkan spekulasi yang boleh menjatuhkan semangat para jentera.

Hadir sama dalam majlis itu ialah pimpinan Wanita Pakatan Rakyat Perak dan Malaysia serta calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang turut menyampaikan kata-kata semangat kepada jentera. - HARAKAHDAILY 25/5/2014

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena