Friday 30 May 2014

‘Dyanamania’. BN jadi lintang pukang...

Sabtu, 31 Mei 2014

Dyanamania tukar Teluk Intan jadi ‘medan perang’

dyana

Saya tiba agak lewat di Teluk Intan. Rabu lalu. Usai Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor. Ketika itu, setiap poster sudah habis dipasang, entah berapa pula artikel memperkatakan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud telah ditulis.
(Tahukah anda, ada artikel khas ditulis bagi menidakkan kecantikan Dyana?)
Di antara susur keluar lebuhraya Utara-Selatan dan bandar Teluk Intan, anda perlu melalui jalan satu lorong yang dikiri kanannya penuh ladang sawit.
Berjalan-jalan di Teluk Intan, saya dapat merasakan ‘vibe’ bandar kecil yang aman dan perlahan, seperti pulang ke kampung halaman sepuluh tahun lalu.
Namun dua hari lalu, saya tidak sempat mengira berapa buah kereta mewah dan motorsikal polis yang melalui jalan kecil itu.
Masuk sahaja ke dalam bandar, poster kedua-dua calon bergantungan, sebelah menyebelah menyambut ketibaan.
Dari tiang ke tiang, papan tanda ke papan tanda, masing-masing berlawan memperagakan kelebihan mereka – Dyana dengan kesegarannya, Mah Siew Keong dengan pengalamannya.
Sedikit mengecewakan, BN mengaku kalah awal apabila menghitamkan rambut Mah pada kebanyakan poster – seolah-olah ‘mengkhianati’ modal pengalaman yang mereka sendiri peragakan.
Teluk Intan sudah menjadi ‘medan perang’, dan semuanya berpunca daripada ‘Dyanamania’.
BN jadi lintang pukang
Sambutan hangat orang ramai terhadap Dyana menakutkan BN. Dan seperti orang yang ketakutan, reaksinya mencapah dan lintang pukang.
Jarang kita melihat Perdana Menteri campur tangan dalam PRK. Namun Najib dari Beijing mengirim ‘gula-gula mahal’, untuk melantik Mah sebagai menteri jika menang.
Mah pula, walau pun sebagai calon, sejak hari pertama lagi sudah hilang kawalan terhadap kempennya sendiri.
Jentera parti komponen BN bertumpu di sini untuk memberikan lauk tambah, selain tujuan promosi diri sendiri tentunya, terutama parti ‘semut’ seperti Malaysian Indian Progressive Front (IPF) dan Makkal Sakti.
(BN malah terlupa untuk menghentikan kempennya pada malam kemangkatan Sultan Azlan Shah, walaupun tidak lupa untuk menyerang DAP kerana meneruskan ceramah keesokannya)
Kempen memburukkan Dyana mencapai takah lebih tinggi daripada biasa, pada masa sama taktik rasuah BN berjalan seperti sedia kala.
Kempen paling sukar
Maka boleh dikatakan bahawa ‘Dyanamania’ menjadikan kempen DAP lebih sukar daripada PRK biasa.
Kesukaran ini diakui Pengarah Kempen Wong Kah Woh ketika ditemui di pusat operasi.
“Kita tahu dari hari pertama, PRK ini bukan senang. Jentera BN begitu kuat dan semuanya bertumpu di sini.”
DAP menjawab serangan agresif BN dengan gerak kerja kempen yang teratur. “Setiap ahli seluruh negeri yang hadir akan maklumkan kepada bilik operasi lebih awal, dan kita akan aturkan jadual dan tugas khas untuk mereka.”
Misalnya, tugasan menjaga keselamatan Dyana sepanjang kempen diberikan kepada DAP Derga, Kedah yang diketuai Timbalan Ketua Pemuda Negeri Lim Zi Yang.
“Di Changkat Jong pula (kubu kuat Umno), rakan Pakatan banyak bantu kami. Lawatan rumah ke rumah dibuat Muslimat PAS, manakala ceramah oleh Pemuda PAS dan PKR,” katanya lagi.
Menjelang hari terakhir kempen, beliau berharap dapat membawa ‘gelombang’ mesej Pakatan yang kuat kepada pengundi di sini.
“Calon kita kali ini sememangnya sangat popular, kita lihat sendiri dalam setiap program. Persoalannya, dan juga harapan kita, agar ia mampu diterjemahkan kepada undi nanti.
“Kita sudah buat keputusan berani (dengan pencalonan Dyana). Kita juga ingin cipta sejarah baru,” katanya lagi. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena