Friday 28 August 2015

[Video] Anina (Wanita Umno) memfailkan saman terhadap Najib...Umno terus memecat & membatalkan keahliannya!

Sabtu, 29 Ogos 2015

Kerana Buat Laporan Polis Terhadap Najib, Wanita Ini Dipecat Dari Umno



Penasihat undang-undang Umno Datuk Hafarizam Harun berkata anggota parti Anina Saaduddin yang menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, kononnya untuk mendapatkan kembali AS$650 juta dana parti, secara automatik akan kehilangan keahlian beliau.

Ini kerana, kata Hafarizam, berdasarkan Fasal 20.7 Perlembagaan Umno yang menyatakan bahawa mana-mana anggota parti yang membawa hal ehwal parti ke mahkamah maka keahlian mereka dalam parti gugur serta merta.

Menurut Sin Chew Daily, Hafarizam berkata ibu pejabat Umno itu masih belum menerima dokumen itu.

Beliau berkata ibu pejabat akan mengeluarkan notis kepada Anina membatalkan keahliannya apabila dokumen itu diterima.

Anina memfailkan saman itu pagi ini selepas laman web Sarawak Report mendakwa AS$650 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib telah dipindahkan ke luar negara.

Najib telah menafikan wujudnya sebarang unsur rasuah dalam menerima dana manakala penyokongnya mendakwa ia adalah derma politik.

- mkini

BLM

 LAPORAN POLIS TERHADAP NAJIB RAZAK

Najib disaman ahli Wanita UMNO Langkawi

ANINA: Saya tidak gentar jika dikenakan tindakan oleh parti.

KUALA LUMPUR: Satu saman difailkan seorang ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi terhadap Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Anina Saaduddin ketika ditemui berkata, dia tidak gentar jika dikenakan tindakan oleh parti.

"Saya buat ini demi parti. Saya rasa bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan ahli UMNO dan juga rakyat Malaysia," katanya.

Saman tersebut meminta Najib menjelaskan perihal penerimaan derma politik bernilai RM2.6 billion dalam akaun peribadinya.

Najib bagaimanapun sudah menjelaskan wang itu bukan untuk kepentingan peribadi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga berkata, sumbangan daripada penyokong biasanya dimasukkan ke dalam akaun parti atau akaun peribadi milik individu yang amat dipercayai dalam sesebuah parti untuk digunakan bagi kerja-kerja politik.

''Tiada undang-undang di Malaysia yang melarang parti politik daripada menerima sumbangan daripada penyokong mereka sendiri dan itu bukan satu kesalahan," katanya.

Dalam saman berkenaan, Anina turut menamakan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusof  sebagai defendan kedua.

Dia juga memohon perintah injunksi bagi menghalang UMNO mengambil tindakan ke atasnya selagi saman tidak dibatalkan.

Pada 9 Ogos, Anina dalam Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Langkawi telah menyuarakan kekecewaan terhadap Najib serta mendakwa mendapat sokongan dari kesemua ahli UMNO.

Pada 3 Ogos, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan wang yang diterima Najib adalah derma politikoleh penderma dari Asia Barat.

Malah, menurut agensi anti rasuah negara itu, sumbangan berkenaan telah disahkan tiada kaitan langsung dengan 1Malaysia Development Berhad.

-astroawani
BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena