Rabu, 26 Ogos 2015
MAHU TETAPKAN HUKUM HIMPUNAN BERSIH PUN LINTANG PUKANG, ULAMAK APAKAH INI?
SEMENJAK bila Himpunan BERSIH ini menjadi 'halal' kepada pengampu2 rejim? Jika dulu yang sering mentakwilkan BERSIH ini 'haram' kerana penyebab huru-hara ini adalah dari kalangan rejim itu sendiri, tetapi sekarang berbeza. Ada yang bergelar 'ulamak' pun mula termakan dakyah rejim ini. Malang sungguh.
Hakikatnya bukan kerana 'hukum' berkaitan BERSIH itu 'halal atau haram', tetapi sebenarnya memang di hati sudah mula terasa 'sayang' kepada rejim dan bencinya kepada kumpulan yang selama ini pernah bersama mereka basah disembur air FRU dan pening termuntah akibat gas FRU. Di kalangan mereka ini pun sebenarnya berbelah-bahagi tentang perlu atau tidak untuk mereka bangkit bersama-sama rakyat di dalam Himpunan BERSIH 4 nanti.
Sekejap menyebut himpunan ini akan menjadi penyebab huru-hara, dan dalam masa yang sama boleh pula menghantar wakil ke perhimpunan tersebut. Dolak dalik tentang hukum inilah yang menjadikan imej mereka sebagau ulamak tercemar. Tidak konsisten, berubah-ubah mengikut musim. Jika benar bakal mencetuskan huru-hara, sepatutnya jangan benarkan hatta seorang pun terlibat. Mengapa perlu ada wakil untuk 'menghuru-harakan' negara?
Usahlah cari berbagai alasan. Alasan tarikh himpunan BERSIH4 pada 29 dan 30 ogos ini hampir dengan sambutan Hari Kebangsaan, kononnya. Semenjak bila mereka ini peka sangat dengan sambutan Hari Kebangsaan? Peliknya, pada tarikh 30 Ogos itu, ada pula program yang mereka anjurkan. Rakyat tidak bodoh untuk dipersendakan. Alangkah baiknya berterus-terang saja dengan ahli-ahli kamu bahawa pihak kamu tidak lagi mahu berhimpun. Buang masa. Haram cetuskan huru-hara. Cakap sajalah.
Apapun yang kamu mahu lakukan dan apa jua alasan kamu, rakyat sudah tidak peduli. Rakyat sudah jemu dengan perangai "U-Turn' tidak berkesudahan. Ulamak sepatutnya konsisten bukan sering berdolak-dalik. Mungkin satu provokasi untuk menunjukkan kehebatan puaknya. Kalau betul hebat, baguslah. Tapi jangan buat kenyataan yang memperbodohkan orang sehingga kehebatan kamu tidak lagi dihormati orang. Sebab itu jangan pelik, dulunya orang muliakan kamu tetapi sekarang setiap hari menjadi bahan ketawa dan sendaan orang.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 2:06 PTG
Wednesday, 26 August 2015
BERSIH itu 'halal atau haram'? - Malang sungguh! Ada yang bergelar 'ulamak' pun mula termakan dakyah rejim Umno?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Ahad, 16 Julai 2017 Berikut ini adalah beberapa koleksi Tukar Tiub Lagi Hari Hari Akhir yang kami kumpulkan dari berbagai media onl...
-
Jumaat, 24 Januari 2014 Macam Ada Ais Bawah Tilam: Beberapa Bandar Dan Daerah Malaysia Alami Cuaca Sejuk Cuaca tidak menentu...
-
Selasa, 4 Julai 2017 Pemuda Amanah Kelantan Suka Halaman Ini · 8 jam · Disunting · SIDANG MEDIA K...
-
Khamis, 23 April 2015 Sokongan penuh PAS di Permatang Pauh Oleh Abd Shukur Harun AHLI PAS dijangka akan memberi sokongan penuh ke...
-
Khamis, 24 Januari 2019 Otai BERSIH Kesian bossku. Najib Razak meluah rasa sedihnya dibuang oleh rakyat 9 MEI 2018 daripada Putra...
-
Sekasa, 21 Oktober 2014 King Jason 16 jam yang lalu · Disunting Dari inbox admin Assalam. King, Semalam ada kejadia...
-
Jumaat, 14 jun 2013 Apa HUKUM bila CIMB ambik alih 58% unit perbankan SAN MIGUEL..??? GEMPAR!!! Dengan ini dimaklumkan, saya akan ...
-
Jumaat, 20 September 2013 Solat berseluar pendek! Harus... Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedb...
-
Sabtu, 26 Oktober 2013 Senjata rahsia orang Melayu kini dilelong di Eropah http://www.christies.com/LotFinder/lot_details.aspx...
-
Ahad, 9 Februari 2014 pkrl.blogspot.com politiktaikucing.blogspot.com politiktaikucing.blogspot.com Saya Benci...


0 comments:
Post a Comment