Tuesday 25 August 2015

Ayuh sertai BERSIH 4...IKRAM mengajak ahli-ahlinya serta seluruh rakyat Malaysia sertai Demo.

Rabu, 26 Ogos 2015

Ayuh sertai BERSIH 4

Image result for Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak ahli-ahlinya serta seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk turut serta bagi menjayakan perhimpunan aman BERSIH 4.
Perhimpunan aman rakyat ini adalah salah satu cara bagi menyatakan bantahan rakyat dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara kita ini.
Hak untuk berhimpun telah dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Perhimpunan Aman 2012.
Akhir-akhir ini, kita melihat pelbagai kezaliman dan kemungkaran termasuk salah guna kuasa dan wang dilakukan. Para pemimpin dan penjawat awam telah berusaha dengan pelbagai cara bagi membanteras kezaliman dan kemungkaran ini.
Sekarang, tiba pula giliran rakyat bagi menyatakan bantahan terhadap kezaliman dan kemungkaran ini dengan sama-sama menyertai perhimpunan aman ini.
Dalam sejarah negara ini, beberapa perubahan telah dapat dicapai melalui perhimpunan aman termasuklah perhimpunan bagi membantah Malayan Union pada tahun 1946.
Para peserta perhimpunan diingatkan agar beradab dan berdisiplin, dan mematuhi segala arahan pihak penganjur serta mengelakkan melakukan sebarang keganasan atau kebiadaban.
Bagi yang beragama Islam, segala tuntutan Islam termasuk solat fardu hendaklah dipenuhi.
Moga perhimpunan ini akan membantu usaha bagi membanteras kezaliman dan kemungkaran dalam negara. Moga keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan.

NAHAR MD NOR setiausaha agung IKRAM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena