Friday 28 August 2015

‪[Video] #‎SehatiSejiwaBersih4: ‬Amaran bertulis kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Jumaat, 28 Ogos 2015

Bersih4: Amaran bertulis kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Amaran bertulis kepada Ketua Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Umum telah ketahui, kurang 24 jam dari sekarang, ratusan ribu rakyat Malaysia akan berhimpun di ‪#‎DataranMerdeka‬, Kuala Lumpur dalam agenda Himpunan Aman ‪#‎Bersih4‬.
Antara lain maksud perhimpunan ini adalah untuk menuntut tadbir-urus negara yang telus dan jujur serta pilihanraya yang bersih.
Niat murni rakyat dari seluruh pelusuk negara menyertai perhimpunan ini adalah untuk menunjukkan rasa kebertanggungjawaban serta keprihatinan demi melihat masa depan negara yang lebih aman, sentosa dan makmur.
Perhimpunan Bersih4 di ibu kota Kuala Lumpur inshaaAllah akan bermula pada jam 2:00 petang 29hb Ogos dan berakhir pada jam 11:59 malam 30hb Ogos 2015.
Berdasarkan kepada rekod terdahulu banyak perhimpunan aman telah diganggu, diceroboh dan dikhianati oleh pihak ‪#‎PDRM‬. Malahan banyak bukti telah dipaparkan melalui massa bahawa pihak polis dan SB lah yang memulakan provokasi jahat melakukan huru-hara dalam perhimpunan aman anjuran rakyat marhaen.
Oleh yang demikian, melalui kenyataan ini, saya; Mohd Sofi Yassin aka Kerajaan Rakyat menuntut dan memberi amaran kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar agar pihak polis jangan sesekali mengulangi persundalan tugas dan etika kepolisian.
Kegagalan pihak polis menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berhemah bagi memastikan keselamatan peserta perhimpunan Bersih4 esok, saya yakin penghormatan rakyat dan masyarakat awam terhadap institusi polis akan terus merosot dan meleset.
Perlu diingat, tugas dan tanggungjawab polis adalah menjaga keselamatan rakyat, bukan menakut-nakutkan rakyat dengan tindakan kasar atau biadap!
Salam Perjuangan dan Merdeka.
‪#‎SehatiSejiwa‬

MiNTA 

BANTUAN

TOK ARAB
datang lagi
membawa duit derma
untuk 
 mohd najib bin abdul razak
 siapa tahu dimana
najib pada hari ini
tok arab ini
sudah lama mencari
kesian
berat duit berbilion bilion ini


 --------------

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena