Tuesday 25 August 2015

[Video] Tangkap Pelajar Protes..."Kita mempunyai kerajaan paranoid dan tidak rasional" - Lawyers For Liberty

Rabu, 26 Ogos 2015


Polis Dikecam Tangkap Pelajar Protes



Polis telah dikecam kerana menangkap para pelajar yang mengadakan protes, di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Bercakap kepada Malaysiakini, pengasas bersama Lawyers For Liberty, Eric Paulsen berkata, Seksyen 124B, yang mengenakan hukuman terhadap aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, bukan bertujuan untuk digunakan terhadap pelajar yang mengadakan protes duduk di di luar perkarangan Parlimen.

Katanya, ia sepatutnya digunakan terhadap kumpulan-kumpulan seperti Al-Maunah, yang menyokong perjuangan bersenjata atau keganasan, dan bukannya terhadap sekumpulan pelajar.

Menurut Paulsen lagi, siasatan di bawah Seksyen 124B adalah sudah tentunya tidak menjadi petanda baik bagi profesionalisme dan kesaksamaan polis.

Seramai 17 orang, hampir kesemua mereka pelajar universiti, telahditangkap di luar perkarangan Parlimen malam tadi kerana enggan meninggalkan kawasan tersebut.

Mereka telah berikrar untuk terus mengadakan protes duduk di situ sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berundur ekoran skandal 1MDB.

Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy memberitahu mereka bahawa memaksa seseorang untuk meletak jawatan melalui protes jalanan adalah haram.

Bagaimanapun, seorang profesor undang-undang menyatakan sebaliknya ketika diminta mengulas mengenai tangkapan tersebut.

Untuk secara aman membantah sesebuah kerajaan bukanlah satu ancaman kepada demokrasi berparlimen, kata Profesor Universiti Malaya Azmi Sharom kepada Malaysiakini.

Untuk membantah urus tadbir yang lemah, tambahnya lagi, tidak mengancam demokrasi berparlimen.

"Untuk mahukan pemimpin baru tidak mengancam demokrasi berparlimen. Ia adalah sebahagian daripada demokrasi. Mereka yang menghalang aktiviti seumpama yang mengancam demokrasi berparlimen.

"Mungkin seseorang perlu memberitahu ini kepada pihak polis," kata Azmi (foto).

Walaupun mengecam penangkapan tersebut, Paulsen berkata tindakan oleh pihak polis itu tidak mengejutkan.

"Ia benar-benar keterlaluan tetapi saya tidak terkejut sama sekali.

"Kita mempunyai kerajaan paranoid dan tidak rasional yang melihat ancaman dari sekumpulan pelajar hanya duduk berhampiran Parlimen," kata Paulsen.

Penangkapan pelajar hanya beberapa hari menjelang perhimpunan BERSIH 4 yang dirancang pada hujung minggu ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena