
Krisis keyakinan yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion menjadi perbualan paling hangat saat ini.
Namun, tiada siapa yang dapat memberikan jawapan langkah-langkah terbaik merungkaikan krisis politik dan ekonomi ini.
Menyingkirkan Najib dilihat paling relevan bagi tokoh-tokoh Umno, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menyelamatkan negara dan parti itu.
Namun pihak-pihak di luar Umno pula mahukan lebih daripada penyingkiran Najib. Mereka gusar pada beban hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion dan menuntut perubahan yang lebih meluas.
Persoalannya, apakah mungkin undi tidak percaya di Dewan Rakyat boleh berjaya? Atau, rakyat harus turun beramai-ramai di perhimpunan BERSIH 4 bagi menyatakan penolakan meluas mereka?
Merancakkan perbahasan isu semasa
Malaysiakini mengundang empat tokoh terkenal untuk membahaskan sejauh mana berkesannya langkah BERSIH 4 dan juga kemungkinan undi tidak percaya boleh diusulkan.
Mereka juga akan membahaskan implikasi krisis politik ini dan idea-idea yang dipercayai boleh diambil untuk menyelesaikan kemelut negara ini.
Ia akan diadakan pada Rabu depan (26 Ogos) bermula jam 8.30 malam di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya.
Acara ini sebahagian aktiviti Malaysiakini untuk merancakkan perbahasan isu-isu semasa. Para peserta boleh bersoal jawab dengan empat tokoh nasional berhubung topik hangat ini.
Untuk mereka yang berada di luar Lembah Klang, forum ini bakal disiarkan secara langsung melalui video dalam talian.
Untuk menghadiri program ini, alamatnya seperti berikut:
PJ 51 Business Park
@Kini, No 9 Jalan 51/205 A,
Off Jalan Tandang, Petaling Jaya
0 comments:
Post a Comment