Thursday 27 August 2015

Bila samseng taik kucing tersepit..Baju Merah nak kumpul 3,000 orang di Low Yat?

Khamis, 27 Ogos 2015
Bila samseng taik kucing tersepit...
Kalau bukan samseng dan bukan nak gaduh, apeke jadahya tunjuk lagak samseng di jalanan? 

Nak tunjuk handal? Tak bur namanya! 

Kalau dah gedebe sangat kenapa tak cari dan halau segala Along dan gangster yang menipu dan menyusahkan orang ramai? 

Kumpulan ini lebih kurang saja dengan samseng kepala lembu di Shah Alam dulu jer! 


'Kami bukan nak berparang dengan BERSIH' 


Khamis, 27 Ogos 2015 17:06 

Kumpulan Baju Merah anti-BERSIH hari ini menjelaskan kenyataan mereka, berkaitan latihan menggunakan parang, telah disalah faham. “(Ia) latihan biasa. 

"Bukannya kita nak berhadapan dengan Bersih dengan parang,” kata pemimpinnya Jamal Md Yunos kepada Malaysiakini. 

Dalam perhimpunan Selasa lalu di Kuala Lumpur, kumpulan itu memaparkan pelbagai aksi lasak termasuk memukul kepala dan badan dengan kayu sehingga patah selain aksi memecahkan atap genting dengan kepala.

Jamal juga dilaporkan berkata mereka akan berlatih dengan menggunakan parang untuk mempertahankan diri. Polis menyiasat kumpulan itu bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman. 

Mengulas lanjut mengenai aksi ganas itu, Jamal berkata, ia hanyalah latihan biasa untuk mempelajari seni silat mempertahankan diri. 

“Demonstrasi kami di hadapan Sogo adalah latihan biasa dalam mempelajari seni silat untuk pertahankan diri 

“Setakat kayu, batu tu, memang orang sedia maklum kalau mempelajari silat, mesti ada aksi aksi begitu. 

Jamal berkata penggunaan parang hanyalah sebahagian daripada latihan mempertahankan diri. 

“Kebiasaannya kalau latihan mempertahankan diri, bukan setakat kayu, kita libatkan parang, pedang,” katanya 

Walaupun Jamal berkeras parang itu hanya digunakan untuk latihan, beliau dan kumpulannya tetap akan turun ke perhimpunan BERSIH hujung minggu ini sekiranya peserta perhimpunan selama 34 jam itu tidak mematuhi undang-undang. 

“Kalau mereka tak ikut arahan polis dan sebagainya, kami akan kumpul 3,000 orang di Low Yat dan sekitar Bukit Bintang dan akan berarak dari sana,” katanya. - M'kini 

Posted by mountdweller

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena