Monday 31 August 2015

Usaha menahan GHB menubuhkan parti, GAGAL! 'Mereka' kecewa...PAS perlu sambut baik kemunculan PAN.

Selasa, 1 September 2015

PAS perlu sambut baik kemunculan PAN

ULASAN KHAS
Barisan kepimpinan GHB pada sidang umum parti.
Selepas 15 jam selesai himpunan Bersih 4 dengan jayanya, kumpulan PAS yang ditolak dalam muktamar lalu telah mengumumkan penubuhan parti baharu sebagai wadah penerus perjuangan mereka.

Ia diumumkan oleh Mohamad Sabu selaku pengerusi GHB dan beliau juga pengerusi jawatankuasa protem parti baru itu dalam satu sidang akhbar khas di Kuala Lumpur petang semalam.

Kesemua anggota kumpulan berkenaan yang menggelarkan mereka pembawa Gerakan Harapan Baru (GHB) hadir, kecuali empat bekas pemimpin PAS yang juga kalah tidak menzahirkan diri. Mereka ialah bekas Naib Presiden Husam Musa dan Mahfuz Omar dan dua bekas Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Mohd Yusuf dan bekas Naib Ketua Dewan Muslimat Muntaz Mat Nawi. Belum dapat dipastikan apakah mereka berempat juga bergabung dalam GHB ini atau pun akan terus bertawaqqus dan istiqamah bersama PAS.

Mohamad Sabu sedang umum nama parti baru, Parti Pekerajaan.
GHB telah mengambil alih parti Pekerja Malaysia sebagai wadah baru mereka setelah usaha mereka untuk mendaftarkan parti baharu bernama Parti Progresif Islam ditolak oleh ROS. Penolakan nama parti baru itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi. (Zaid Amaran).

Menurut Mohamad Sabu parti Pekerja Malaysia itu akan bertukar kepada nama Parti Amanah Negara (PAN). Perkara itu sedang diuruskan dengan pihak ROS dan pengumumkan khas mengenai perkara itu dicadangkan pada 19 September sempena hari Malaysia. Diharap ROS tidak ada masalah untuk membenarkan nama parti itu dan perlembagaannya ditukar.

Tegas Mohamad parti baru itu tetap mengambil Islam sebagai dasar dan prinsip perjuangannya.

Dengan pengesahan itu, tertubuhnya sebuah parti, kini GHB yang menggunakan tangline,Amanah Progresif dan Peduli sudah ada partinya sendiri. Usaha untuk menahan atau memulihkan kumplan GHB ini daripada tidak menubuhkan parti, gagal. Situasi ini mengecewakan mereka yang sayangkan PAS. Pandangan dan nasihat yang dilontarkan tampaknnya tidak cuba difikirkan kesan buruk baiknya. Kekecewaam mereka mengatasi segala-galanya.

Penubuhan itu juga rasmi bahawa PAS sudah berpecah dua, golongan progresif dan agama dan memberi penunjuk bahawa orang Melayu, (sebab PAS dan GHB Melayu), terus mengekal dan suka kepada bersikap nafsu nafsi. Sifat dan sikap inilah yang melemahkan bangsa Melayu dalam serba aspek. Perpecahan dalam organsasi menimpa Melayu sejak tahun 50an lagi.

Menurut perlembagaan PAS secara automatik mana-mana anggota yang menyertai parti politik lain status mereka sebagai ahli PAS akan gugur. Mungkin peraturan ini tidak relevan lagi buat masa ini dan perlu dibuat pindaan. Dimanakah salah dan ruginya kalau seseorang mempunyai dua keahlian, sedangkan parti yang hendak didokong itu mempunyai dasar dan prinsip sama? Politik poligami harus dibenarkah.

Kerana ia sudah ditubuh, semua pihak kena ucap selamat kepada GHB. Bermula semalam bermakna, GHB tidak perlu mengenangkan PAS lagi dan begitu juga PAS tidak perlu menyesali apa yang berlaku. Kedua-dua pihak kini harus bergerak untuk memperkukuh dan memulihkan wibawa masing-masing. Mereka yang berharap sangat wujud parti baharu dan mereka yang kalah itu dinyahkan daripada PAS tentu gembira dengan sejarah yang terlakar semalam. Apakah sudah dibaca untung dan rugi rasa gembira itu?

Dengan kenyataan yang sukar ditelan ini, tidak perlu, baik PAS atau GHB cuba saling mempengaruhi ahli atau anggota masing-masing. GHB tidak boleh berkempen agar rakan-rakan mereka dalam PAS keluar dan menyertai mereka. GHB harus gentlemen dan membiarkan rakan mereka kekal dan terus memperkuatkan PAS. Serahlah PAS kepada mereka atas segala pancar budi dan tenaga yang ada.

Tindakan saling buruk memburuk dan menghina sesama sendiri tidak banyak memberi manfaat ke atas nawaitu untuk membangunkan agama, bangsa dan negara yang menjadi prinsip dan dasar bersama itu. Pertelingkahan dan membesarkan perbezaan merugikan semua.

Demikian juga dengan anggota PAS khasnya, tidak perlu memperli ataupun meremahkan tindakan kumpulan GHB itu. Apa lagi dengan membuat fitnah kononnya ia dialatkan oleh mana-mana pihak. Sebaliknya penubuhan parti baru itu perlu disambut dan dialu-alukan. Penubuhan parti itu sebenarnya menyenangkan dan menjelaskan keadaan kepada PAS. Kalau sebelum ini penyokong GHB dalam PAS boleh dianggap sebagai musuh, kini mereka sudah ada wadah baru, dan PAS sudah suci dari musuh.

Kalau pun PAS tidak mahu berdoa kerana bimbang parti baru itu akan menjadi parti besar laksana ular lidi akan menjadi naga, tetapi usahlah perkecil-kecilkannya. PAS tidak seharus menganggap GHB atau parti baru sebagai seteru, begitu juga sebaliknya. Apa disebut sebagai pembersihan sudah berlaku, dan bukankah itu yang dikehendaki? Usaha afdal PAS untuk memperkuatkan sokongan ialah dengan mendakwah ahli-ahli UMNO menyertai mereka. Ini tindakan paling baik daripada PAS berhajat bergabung dengan UMNO.

Langkah yang perlu dimulakan oleh GHB pula ialah cuba mendapatkan seberapa ramai ahli. Menurut Mohamad buat permulaan sudah 35,000 orang akan menjadi ahli parti baru itu. Kita percaya mereka terdiri hampir 90 peratus adalah ahli dan penyokong PAS. Dalam menambah keahlian dan membangunkan PAN ini nanti, mereka tidak perlu menumpukan kepada PAS. Sasaran yang baik ialah dari kalangan anak-anak muda, anggota NGO dan mereka yang tidak berparti.

Lebih 60% anak-anak muda masih belum berparti, bahkan mereka jauh dari politik. Jadi GHB boleh menjadikan mereka sebagai sasaran dan tenaga menggerakkan utama harapan itu. Selera anak-anak muda ini mungkin mereka tidak mesra dengan PAS yang dibawa secara kosevertif jadi, sebagai jalan alternatif bagi mereka ialah GHB. GHB patut memancing yang ini. Dan dengan tenaga dan profesionalisme yang ada kepada GHB mereka mampu berbuatnya.

Dalam sudut lain penubuhan PAN itu juga tidak perlu disangsi dan curigai oleh PAS kerana ia juga bersifat parti penentangan kerajaan. Selagi PAS berpegang kepada sifat dan filsafah sebagai pembangkang (oposisi) ertinya prinsip dan matlamat PAN itu sama dengan PAS. Yang berbeza mungkin dari segi pendekatan, falsafah melaksanakan dasar, tetapi tujuannya tetap sama; menentang kemungkaran UMNO dan kebejatan pemimpinnya terutama bernama Najib Razak.

Kalau ianya sama mengapa harus bergaduh? PAS boleh berseteru dengan GHB sekiranya ia mengkhianti konsensus seperti mana PAS bersetuju ketika bersama DAP dan PKR dahulu. Lainlah kalau PAS sudah buat konsensus baru yang bertentangan. Memansuhkan perjanji terdahulu. Sekiranya PAS sudah mengkhianti konsesus, semangat kepembangkangan secara total, jangan marah kalau ahlinya berhijrah beramai-ramai kepada GHB, atau DAP atau PKR. Setakat ini belum ada hitam putih daripada PAS.

Untuk memantapkan keadaan dan menenangkan ahli serta mereka tidak berfikir negatif dengan perkembangan yang ada kini, PAS perlu membuat deklarasi terang mengenai kedudukan PAS terhadap politik masa depannya. Apakah PAS benar untuk bersama UMNO ataupun tidak. Ketidakjelasan ini menyebabkan ahli dan penyokong keliru dan "semabur" dengan PAS dan sebagai perlariannya mungkin mereka akan menyertai GHB. PAS kena jawab dan jelas persoalan mengenai ini dimana ketika ini banyak ahli PAS yang keliru dan kesal.

PAS kena bersikap kalau padi katakan padi, agar ahli tidak tertapi-tapi. Kalau pun mahu berpakat dengan UMNO, PAS perlu menjelaskan dengan jelas.Tidak baik ikan dijeruk begitu lama sebab ia akan jadi perkasam yang membusukkan.

Bagaimana pun adalah diharap PAS konsisten dan istiqamah menentang UMNO. Ketetapan itu boleh mengekalkan wibawa PAS sebagai sebuah parti pembangkang terbesar. Dalam hal ini Abdul Hadi Awang dan Haron Din, dua pemimpin utama yang dilihat mesra UMNO perlu membuat ralat segera. Beberapa kenyataan mereka sebelum ini yang bersimpati dengan Najib menjadi mantan yang ditafsirkan secara negatif.

Dalam deklarasi itu nanti sebaik-baiknya PAS membuat pendirian tegas, tanpa sumpah laknat, yang PAS tetap akan tidak bersama UMNO dan kekal sebagai pembangkang yang berwibawa dan istiqamah dengan perintah Allah menentang kemungkaran dan kebatilan. Apakah PAS sudah melihat dalam UMNO kini sudah tidak ada kebatilan lagi?

Sekiranya PAS membuat deklarasi itu, apa lagi PAS menerima baik kawan baharu bernama GHB atau PAN itu dan berjanji untuk bersama dalam pilihan raya ke-14, kegoncangan yang dihadapi PAS kini akan kembali teguh kembali. Saya percaya "geruk" dan guruh yang berdentum dentam di langit kini ia tidak akan menurunkan hujan sampai jadi banjir dan melemaskan PAS. [wm.kl.12:53 t/hari 01/09/15]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena