Sunday 30 August 2015

[Video] TERIMA KASIH ABANG POLIS...

Ahad, 30 Ogos 2015







VIDEO TERIMA KASIH ABANG POLIS - Ketua Polis KL Puji Perserta BERSIH

5.15pm: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memuji peserta BERSIH 4 yang disiplin dan patuh pada arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ketempat larangan serta membuat sebarang kekacauan.

Katanya, keadaan masih terkawal tanpa sebarang tangkapan dilakukan di Kuala Lumpur membabitkan peserta perhimpunan itu.

"Setakat ini okay. Peserta ramai dan keadaan terkawal. Peserta BERSIH dilihat berdisiplin dan patuh pada arahan.

"Tidak ada sebarang tangkapan di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, sehingga kini anggota polis yang dikerah untuk mengawal sebahagian tempat di Kuala Lumpur mencukupi.

"Kita dah rancang dan memang anggota yang mengawal mencukupi," katanya sambil menganggarkan seramai 26 ribu peserta turun ke jalan raya masuk hari kedua hari ini.

Ditanya ada mengeluarkan arahan untuk menggunakan trak FRU atau kelengkapan lain berkata:

"Tidak ada arahan untuk guna kelengkapan lain termasuk FRU. Kita akan pantau, lihat perkembangan semasa,"katanya.

Sementara itu mengikut tinjauan Malaysiakini, kira-kira 8 trak FRU dan 10 trak polis ditempatkan parkir di Ibu Pejabat polis Daerah Kuala Lumpur.

Sumber - mkini & sukan star tv

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena