Tuesday 25 August 2015

#Langkahsiswa: Jika Parlimen tak boleh, kami 'occupy' Jinjang

Rabu, 26 Ogos 2015
Pengerusi GHB Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Tian Chua, dan beberapa peguam, antara lain Radzlan Jalal dari PKR, turut hadir selepas menerima berita tentang tangkapan itu.

Pelajar: Jika Parlimen tak boleh, kami 'occupy' Jinjang

Kumpulan #Langkahsiswa akan meneruskan rancangannya untuk berkampung di luar Parlimen jika kesemua 17 rakan mereka yang ditangkap, dibebaskan selepas perbicaraan reman pagi ini.
Jika tidak, mereka akan "menduduki" Jinjang untuk bersolidariti dengan rakan-rakan mereka itu, kata setiausaha Kesatuan Mahasiswa Malaysia Nazrul Nazir,
"Kita teruskan dengan tuntutan kita," kata Nazrul di hadapan halangan berhampiran kompleks lokap ketika kira-kira 50 pelajar, ahli NGO, ahli politik dan orang ramai hadir bersolidariti dengan para pelajar yang ditahan di Jinjang awal pagi pagi tadi, manakala sekumpulan pelajar lagi tidur di atas kotak kadbod di tepi jalan.
Penyokong dan ahli keluarga tiba sehingga jam 4 pagi untuk meminta pihak polis melepaskan mereka ditangkap.
Antara yang hadir ialah pengerusi Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beberapa peguam, antara lain Radzlan Jalal dari PKR, turut hadir selepas menerima berita tentang tangkapan itu.
Malam tadi, 16 pelajar dan seorang aktivis ditahan polis, pada malam kedua mereka mengadakan protes duduk di luar perkarangan Parlimen, menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berundur ekoran skandal 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.
Pihak polis memetik tangkapan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, atas alasan ia adalah haram untuk "menuntut peletakan jawatan seseorang dengan demonstrasi jalanan".
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong, yang bersama para pelajar itu ketika tangkapan dibuat, melahirkan rasa kesal dengan tindakan polis, yang didakwanya berlaku "kekasaran", terutamanya selepas beliau bercakap dengan OCPD Sentul R Munusamy sebelum tindakan polis itu.
"Saya berunding dengan OCPD dua kali. Beliau berjanji bahawa beliau cuma 'menjemput' pelajar itu. Saya lihat ada kekasaran berlaku ketika penangkapan dibuat. Pihak polis haruslah sedari pelajar itu hanya berhimpun secara aman.
"Saya harap pihak polis dan pihak berkuasa menghormati hak untuk berhimpun yang dijamin oleh perlembagaan," kata Teo kepada Malaysiakini.
Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, yang telah merancang untuk mengunjungi pelajar tersebut di luar perkarangan Parlimen malam tadi, melahirkan rasa sedih atas tangkapan tersebut, dan berkata tindakan polis itumelanggar demokrasi.
"Nampaknya gaya kebebasan pelajar sedang dihimpit," katanya sambil menambah bahawa sebelum ini, pelajar yang menjemput pensyarah dan ahli politik untuk bercakap di UIA (Universiti Islam Antarabangsa) telah dikenakan tindakan.
"Sekarang, demonstrasi secara aman di luar Parlimen pun kena tangkap. Jadi, tidak ada ruang lagi bagi pelajar untuk menyatakan pandangan mereka," kata Raja Kamarul Bahrin kepada Malaysiakini di hadapan lokap balai polis Jinjang.
Dua pelajar UIA, Hanif Mahpa dan Afiqah Zulkifli digantung pengajian awal bulan ini kerana menganjurkan forum mengenai GST di universiti mereka pada bulan Mei, dengan menjemput Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebagai salah seorang penceramahnya.
Manakala Ketua Publisiti DAP Selangor Ronnie Liu (gambar), yang turut berada di luar lokap balai polis Jinjang, berkata tiada tindakan diambil terhadap kumpulan anti-Bersih dan pro-Najib, Bersih 4 Keamanan, yang mengadakan protes di hadapan kompleks membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur pada tengah hari semalam.
"Pada hari yang sama, satu kumpulan lebih kurang 1,000 orang Bersih 4 Keamanan yang pakai baju merah dibenarkan berkumpul di Sogo. Terdapat hanya 20 pelajar yang berkumpul di luar Parlimen. Pihak polis tidak bertindak secara neutral," kata Liu kepada Malaysiakini.
Perbicaraan reman terhadap orang yang 17 ditangkap malam tadi, akan diadakan di kompleks lokap polis Jinjang pada jam 10 pagi hari ini. Peguam dari kumpulan Lawyers for Liberty dan Radzlan bersedia untuk membantu para pelajar.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena