Showing posts with label Menyingkirkan Najib. Show all posts
Showing posts with label Menyingkirkan Najib. Show all posts

Wednesday, 9 March 2016

Lebih 70% sokong Deklarasi Rakyat..."Untuk menyingkirkan Najib"

Rabu, 9 Mac 2016
Page Liked · 2 hrs 
 
masih ada ke orang Melayu sokong UMNO?

Tinjauan M'kini: Lebih 70% sokong Deklarasi Rakyat

Satu tinjauan media sosial yang dilakukan Malaysiakini mendapati terdapat sokongan padu terhadap Deklarasi Rakyat dan peranan dimainkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan itu.
Malaysiakini
‪#‎Poll‬: What do you think about ‪#‎SaveMalaysia‬ Citizens' Declaration? Can you accept the opposition and civil activists working with Mahathir to demand Najib to step down as PM?
Refer to the declaration here: https://www.malaysiakini.com/news/332750
PICK AN OPTION4540 Votes
  • Yes, stronger voice to demand for his resignation.
  • No, it's all drama. Nothing works anyway.
  • I'm quite skeptical nor do I support this move.
  • This is undemocratic, and I #RespectMyPM.
  • Daripada 5,852 responden di Facebook dan akaun Twitter Malaysiakini (Bahasa Inggeris), 76.2 peratus memihak perisytiharan itu yang bertujuan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada jawatannya.
    Bagaimanapun, 11.6 peratus memilih untuk menolak perisytiharan itu dan keputusan pembangkang bekerja dengan Mahathir, 8.8 peratus mengatakan ia tidak akan berjaya, 16 peratus berasa skeptikal dan 7 peratus lagi berkata mereka tidak peduli.
    Deklarasi Rakyat untuk 'Menyelamatkan Malaysia' itu ditandatangai Jumaat lalu dan diketuai oleh Mahathir dalam usaha menyingkirkan Najib sebagai PM, serta melaksanakan pembaharuan terhadap institusi negara.
    Antara mereka yang menandatangani deklarasi itu ialah timbalan presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ahli-ahli parlimen pembangkang Azmin Ali dan Lim Kit Siang, serta pemimpin masyarakat sivil, Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah.

    Malaysiakini
Read More

Sunday, 23 August 2015

Forum 1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat..."Menyingkirkan Najib dilihat paling relevan bagi tokoh-tokoh Umno"

Isnin, 24 Ogos 2015
Krisis keyakinan yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion menjadi perbualan paling hangat saat ini.
Namun, tiada siapa yang dapat memberikan jawapan langkah-langkah terbaik merungkaikan krisis politik dan ekonomi ini.
Bersih menganjurkan demonstrasi selama dua hari mulai 29 Ogos, sementara sekumpulan tokoh politik mencadangkan undi tidak percaya dibuat terhadap Najib di Parlimen.
Menyingkirkan Najib dilihat paling relevan bagi tokoh-tokoh Umno, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menyelamatkan negara dan parti itu.
Namun pihak-pihak di luar Umno pula mahukan lebih daripada penyingkiran Najib. Mereka gusar pada beban hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion dan menuntut perubahan yang lebih meluas.
Persoalannya, apakah mungkin undi tidak percaya di Dewan Rakyat boleh berjaya? Atau, rakyat harus turun beramai-ramai di perhimpunan BERSIH 4 bagi menyatakan penolakan meluas mereka?
Merancakkan perbahasan isu semasa
Malaysiakini mengundang empat tokoh terkenal untuk membahaskan sejauh mana berkesannya langkah BERSIH 4 dan juga kemungkinan undi tidak percaya boleh diusulkan.
Mereka juga akan membahaskan implikasi krisis politik ini dan idea-idea yang dipercayai boleh diambil untuk menyelesaikan kemelut negara ini.
Forum bertajuk '1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat'disertai oleh Datuk A Kadir Jasin, tokoh editor dan pengulas politik terkenal; Datuk Saifuddin Abdullah, CEO Pergerakan Moderat Global (GMM) dan mantan timbalan menteri; Gan Ping Sieu, presiden pertubuhan CENBET dan mantan timbalan menteri; dan Maria Chin Abdullah, pengerusi Bersih 2.0.
Ia akan diadakan pada Rabu depan (26 Ogos) bermula jam 8.30 malam di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya.
Acara ini sebahagian aktiviti Malaysiakini untuk merancakkan perbahasan isu-isu semasa. Para peserta boleh bersoal jawab dengan empat tokoh nasional berhubung topik hangat ini.
Untuk mereka yang berada di luar Lembah Klang, forum ini bakal disiarkan secara langsung melalui video dalam talian.
Untuk menghadiri program ini, alamatnya seperti berikut:
PJ 51 Business Park
@Kini, No 9 Jalan 51/205 A,
Off Jalan Tandang, Petaling Jaya
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena