Thursday 19 September 2013

Mazhab Maliki dan Hambali: Aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja (zakar, buah zakar dan ...)

Jumaat, 20 September 2013
Solat berseluar pendek! Harus...

Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedback dr Ustaz Mohd Noor (Melaka), beliau menjawab:

Harus bg Mazhab Maliki & Hambali..sbb tu geng2 orang gelap yg bnyak guna mazhab ni

MAZHAB MALIKI
Pendapat yang sepakat dalam mazhab ini mewajibkan menutup aurat daripada pandangan orang ramai.

Ketika bersembahyang, menurut pendapat yang sahih daripada mazhab ini, diwajibkan menutup perkara berikut:

Aurat orang lelaki ketika bersembahyang ialah aurat berat (mughallazah) sahaja, iaitu kemaluan hadapan, zakar berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang terletak antara kedua-dua papan punggung. Oleh itu, diwajibkan mengulangi sembahyang dengan segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun terdedah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka, hanya zakar dan buah zakar sahaja berdasarkan Hadith riwayat Anas:

Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah s.a.w. telah terkoyak kain pada pahanya, sehingga aku temampak keputihan pahanya.

Maliki dan Hanbali: aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja (zakar dan duburnya)
Dalil: hadith Anas bahawa pada hari Khaibar, Nabi membuka pahanya (HR alBukhari)

Namun dalil al-Qur:an yangg menyentuh aurat lelaki secara khusus tidak ada.

Tahqiq al-Qardhawi: Memetik pendapat Ibn Qayyim tentang bagaimana kita mengkompromi dua hadith yang saling bertentangan, maka ialah dengan membahagikan aurat lelaki kepada aurat berat (kemaluan) dan aurat ringan (dua paha atau pusatnya). Maka hukum yang jelas ialah haramnya membuka aurat yang berat yakni kemaluan dan dubur. Aurat pusat dan paha sebaiknya ditutup juga, tapi jika keadaan terdesak, maka dibolehkan.
(al-Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 5 & 6 Pustaka Salam) 

So jgn pelik lah..kat kmpung kamu jangan pulak diamalkan ..kene belasah nanti - Hazim Mohd Noh

Gua nak ingatkan dalam teks ini ada menyebut aurat lelaki bermakna pihak perempuan tidak boleh mengguna pakai kaedah ini.
Posted by GeloraHatiMuda at 12:00 PM
Solat sebelah teksi
Sembahyang jumaat kat atas jalan raya
Sembahyang jemaah kat atas bumbung keretapi

5 comments:

sukry Asar said...

alhamdulillah..ilmu

mamaaiman said...

No wonder la..ada org2 lelaki negara barat solat pki seluar pendek saja

Ilmu

Anonymous said...

Nak tanya , kalau aurat menurut mazhab Maliki dan Hanbali hanyalah zakar , buah zakar dan punggung . Maknanya antara pusat dan zakar tu bukan aurat . Jadi kiranya kalau pakai spender pun dah tutup aurat lah kan . Betul ke ???

anak muda said...

tidak , cara tutup aurat yang sempurna menutup warna kulit dan tidak nampak bentuk tubuh badan . Spender ni ketat so tak lengkap . Rujukan boleh lihat ceramah ustaz azhar idrus dia ada terangkan syarat tutup aurar yg sempurna

anak muda said...

tidak , cara tutup aurat yang sempurna menutup warna kulit dan tidak nampak bentuk tubuh badan . Spender ni ketat so tak lengkap . Rujukan boleh lihat ceramah ustaz azhar idrus dia ada terangkan syarat tutup aurar yg sempurna

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena