Monday 16 September 2013

Chin Peng (90) Meninggal Dunia Hari Ini 16 Sept, Ketika Malaysia Berumur 50...

Isnin, 16 September 2013
Chin Peng tetap ketua pengganas, kata Zahid Hamid
azmykelanajaya.blogspot.com & penakiri.blogspot.com

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini menggesa agar rakyat Malaysia tetap menganggap Chin Peng sebagai seorang ketua pengganas dan mengatakan anggota keselamatan negara masih tidak dapat melupakan peristiwa hitam bergelut dengan keganasan Parti Komunis Malaya (PKM).

Bekas Setiausaha Agung PKM itu meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.

“Saya pinta agar Chin Peng tetap dianggap sebagai ketua pengganas dan anggota keselamatan seperti polis dan tentera masih belum dapat melupakan dan memaafkan keganasan pemimpin PKM itu,” kata Menteri Dalam Negeri itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.
zahid hamidi bodoh
Menurut Ahmad Zahid, ramai anggota keselamatan telah mati berperang dengan PKM.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.

Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.

Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya.

Anggota PKM lain seperti Rashid Maidin, Abu Samah Mohamad Kassim, Shamsiah Fakeh dan Suraini Abdullah dibenarkan pulang akan tetapi sesetengah daripadanya memilih untuk tidak pulang. - TMI/16 September, 2013.
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.

Menurut laporan Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.

Chin Peng mengetuai Parti Komunis Malaya melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.

Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. – 16 September, 2013.
TMI
Ketua Polis Negara: Chin Peng bukan warganegara Malaysia
Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng bukan warganegara Malaysia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut Khalid, beliau percaya pemimpin Komunis itu akan lebih gembira jika dikebumikan di Thailand.

“Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai PKM... Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Chin Peng, yang juga bekas Setiausaha Agung PKM meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.
Menurut laporan Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.

Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.

Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. - TMI/16 September, 2013.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena