Friday 27 September 2013

Bini Mat Yo Buat Lawak Di Balai Polis... & Azman (JANTAN DAYUS) pulak semakin terkenal!

Jumaat, 27 September 2013
Fb Ali Imran
Bini Mat Yo Buat Lawak Di Balai Polis
Fb I Love Tshirt

PADA 12/09/13 JAM LEBI KURANG 1150HRS SEMASA SAYA BERADA DI KAWASAN AIRPORT SUBANG BERSAMA SUAMI SAYA, KAMI MERANCANG DAN BERBINCANG DI DALAM KERETA UNTUK MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG DI TERMINAL 3 SKYPARK.

SEMASA SAYA MEMBERHENTIKAN KERETA SAYA WVQ 9090 JENIS MINI COOPER BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK TERMINAL 3, TIBA TIBA SEORANG SEKURITI SKYPARK BERNAMA (AZMAN) DATANG KEARAH KERETA SAYA DAN MENYURUH SAYA MENGALIHKAN KERETA SAYA.

LALU SAYA MEMINTA UNTUK BERHENTI SEKETIKA. SELEPAS DUA MINIT SEKURITI ITU DATANG DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP SAYA, SEPERTI PEREMPUAN BODOH, SIAL, BANGANG, PEREMPUAN GILA DAN BANYAK LAGI.

SEMASA KEJADIAN TERSEBUT SEKURITI ITU CUBA MENYERANG SAYA BEBERAPA KALI WALAUPUN SUAMI SAYA ADA DI SITU, SAYA TERASA AMAT MALU DI PERLAKUKAN SEBEGITU SEBAGAI WANITA.

SAYA JUGA ADA MERAKAM KEJADIAN TERSEBUT. SAYA DATANG KE BALAI POLIS UNTUK BUAT LAPORAN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS. SEKIAN LAPORAN SAYA.

Begitulah ayat yang ditulis oleh isteri Mat Yo terhadap insiden seorang Pengawal Keselamatan bernama Azman Nayan di maki hamun dengan perkataan .. SAYA BUKAN BODOH .. SAYA BUKAN BODOH .. SAYA BUKAN BODOH .. SAYA BUKAN BODOH ... SAYA BUKAN BODOH.. SAYA BUKAN BODOH ...PAK CIK BODOHLAH PAK CIK .. PAK CIK BODOH ... PAK CIK BODOH ... PAK CIK BODOH ..... JANTAN DAYUS ... JANTAN DAYUS .. JANTAN DAYUS ...JANTAN DAYUS.

Jika di dengar pada rakaman Youtube yang di muat naik sendiri oleh isteri Mat Yo tiada sepatah perkataan pun Pengawal Keselamatan itu memaki hamun isteri Mat Yo dengan perkataan perempaun bodoh, sial, bangang perempuan gila ..

Jelas sekali isteri Mat Yo berbohong ketika membuat laporan polis.Kalau dengan pihak polis pun beliau berani dan sanggup berbohong, apa jaminan perkara lain-lain beliau tidak berbohong.

Isteri Mat Yo jelas telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
~ OMAK KAU
Kerana Isteri Mat Yo, Pakcik Azman jadi terkenal...

Allah Maha Besar!, segala kejadian didunia ini datangnya berpasangan. Pasangan Mat Yo adalah isterinya. Pasangan sikap biadab isteri Mat Yo adalah kesabaran Pak Guard di Subang Skypark.

Semua orang tahu yang baik dibalas baik dan yang jahat di balas jahat. Sikap jahat isteri Mat Yo di cemuh oleh ramai rakyat Malaysia. Rakaman sendiri rupanya memakan diri.

Kesabaran Pak Guard yang dikenali sebagai Pak Cik Azman pula mendapat simpati dan hasilnya dia menjadi seorang Pengawal Keselamatan yang paling terkenal di negara kita sekarang ini. Semua orang cakap pasal Pak Cik Azman dan boss Pakcik Azman turut membela pekerjanya itu.


Sana sini orang mula bercerita pasal Pak cik Azman yang baik lemah lembut dan terpuji. Orangnya sentiasa senyum dan selalunya ringan tulang membantu mereka yang memerlukan bantuan. Mungkin pertemuan dengan Isteri Mat Yo menjadi puca Allah mahu naikkan nama Pak Cik Azman.

Buat Isteri Mat Yo pula, dengar kata dah mohon maaf pada semua rakyat Malaysia atas sikap kurang ajarnya yang tidak disengajakan. Tak sengaja kerana sikap itu memang dah jadi tabiat dirinya, jadi semuanya berlaku secara spontan.

Satu lagi perkara menarik adalah kisah Isteri Mat Yo yang dikatakan bekerja sebagai pramugari Air Asia. Betul kah dia kerja dengan airasia. Saya dengar para pekerja airasia sentiasa sanggup pergi 'extra mile' untuk memberikan perkhidmatan pada pelanggan.

Sikap suka berikan khidmat bertaraf 'wow' itu saya dengar dalam satu seminar berkenaan branding yang disampaikan oleh seorang penasihat penjenamaan. Dia berikan pujian melangit pada para pekerja Airasia dan meletakkan sikap tersebut sebagai salah satu kejayaan Tony Fernandez membina perniagaannya.

Tetapi nampaknya sikap pramugari airasia yang ada pada Isteri Mat Yo membuatkan saya tertanya-tanya samada syarahan dan pujian consultant jenama itu benar atau hanyalah satu rekaan semata-mara!.

Pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah yang berlaku adalah, kita perlu berhati-hati bertindak dalam dunia canggih komunikasi tanpa batasan sekarang ini...anda sentiasa diperhatikan....!!!
Posted by Mohd Shubhi Abdul at 5:35 PM 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena