Friday 20 September 2013

'Jenuh Kena Ligan'... Polis D7 Guna Scrambler pantau jenayah!

Jumaat, 20 September 2013
Guna Scrambler pantau jenayah
Abdul Jalil Hassan (dua dari kanan) bersama skuad rondaan menggunakan motosikal jenis Scrambler di hadapan pondok polis pusat beli-belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, semalam. - SIN CHEW/Utusan
PDRM Marching Band Gangnam Style
This video was recorded at old Istana Negara.Our proudly old castle is now open to public and will be entertain by different marching band every week. do enjoy this.
Hehe Polis Pun Ikut Rentak gangnam style..

Polis belajar atau senam ala gangnam style..semoga jadi anggota polis yang baikk
PDRM tubuh pasukan bermotosikal khas banteras jenayah

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan bermotosikal khas sebagai strategi baharu polis dalam Ops Cantas Khas untuk membendung kegiatan jenayah terutama kongsi gelap.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Abd. Jalil Hasan berkata, elemen baharu itu adalah sebagai langkah mengekang kegiatan jenayah di kawasan 'panas' selain mempercepatkan tindakan polis jika berhadapan kejadian jenayah.

Kata, motosikal jenis 'scrambler' dipilih kerana memudahkan rondaan di kawasan-kawasan yang sukar dilalui kereta selain di lorong-lorong yang berpotensi berlaku jenayah.

"Ia merupakan elemen baharu yang diterapkan dalam Ops Cantas Khas bertujuan mengembalikan kepercayaan masyarakat di samping mewujudkan suasana selamat di kawasan-kawasan panas," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di pondok polis pusat membeli-belah Berjaya Times Square, di sini hari ini.

Abd. Jalil berkata, pasukan bermotosikal yang turut dibantu pasukan trafik itu akan beroperasi dalam dua fasa waktu dengan tumpuan pada waktu puncak iaitu dari 8 hingga 10 pagi dan 3 hingga 7 petang.

Abd. Jalil menambah, pada peringkat permulaan, pasukan itu akan beroperasi di sekitar Lembah Klang sebelum ia diperluaskan ke negeri lain bagi menurunkan kadar jenayah secara drastik. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena