Thursday 19 September 2013

Hakim Mahkamah Tinggi Taiping Bebaskan Kesemua 13 Peserta Ops Bubar Dengan Ikat Jamin!

Khamis, 19 September 2013
Hakim Datuk Ahmad Nashfi berpuas hati dengan penghujahan oleh barisan peguambela yang terdiri daripada Asmuni Awi, Mohamed Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkapli, Agustine dan beberapa orang lagi...


Ahmad Nashfi memutuskan kesemua dilepaskan dengan jaminan RM3,000 oleh seorang penjamin
Denda RM5,000 yang dijatuhkan sebelum ini boleh dibayar secara ansuran dalam tempoh 6 bulan
Semua terduduh juga tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan sama ada di laman sosial seperti Facebook mahupun media

Hakim Mahkamah Tinggi Taiping telah menerima permohonan peguambela untuk menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap 13 peserta Ops Bubar, harakahdaily dipetik.

Keputusan ini dibuat selepas Hakim Datuk Ahmad Nashfi berpuas hati dengan penghujahan oleh barisan peguambela yang terdiri daripada Asmuni Awi, Mohamed Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkapli, Agustine dan beberapa orang lagi.

Ahmad Nashfi memutuskan kesemua dilepaskan dengan jaminan RM3,000 oleh seorang penjamin.

Denda RM5,000 yang dijatuhkan sebelum ini boleh dibayar secara ansuran dalam tempoh 6 bulan.

Semua terduduh juga tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan sama ada di laman sosial seperti Facebook mahupun media.

Ratusan orang terdiri daripada pimpinan, penyokong dan ahli keluarga telah hadir memberikan sokongan.

Antara pimpinan yang hadir termasuklah Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa serta Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al- Jundi, dan barisan Adun serta pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Menurut Dr. Mujahid Rawa, keputusan hakim ialah hukuman memohon 13 orang untuk ditangguhkan sehingga rayuan telah diterima tersebut adalah kemenangan awal.

Maklumat dari blogger cenangau daun kari yang mengutip maklumat dari media sosial:
Asmuni Awi
 * Asmuni Awi memulakan penghujahan bagi pihak 13 OKZ dam memohon penangguhan hukuman.
Hanipa Maidin
* Hanipa Maidin menyambung penghujahan dengan merujuk kes rogol kanak-kanak 5 tahun.

* Yang dihukum boleh diikat jamin dan bebas. Mengapa pula mereka ini tidak boleh ditangguh hukuman.

* Hanya hukuman mandatori saja yang Mahkamah letakkan hukuman 2 tahun. Ini hanya kesalahan bawah sek 145 dan mereka yang terlibat tidak pernah melakukan kesalahan. Maka adakah wajar Mahkamah mengenakan hukuman 2 tahun.

* Sek 27 (4) akta polis dan sek 145 akta jenayah. Keduanya mesti melibatkan perhimpunan aman dan mesti bersurai. Sedangkan mereka telah dibebaskan di bawah akta polis sek 27(4) tetapi di dapati bersalah bawah sek 145 penal code.

* Peguam ketiga, Agustine pula mengemukakan penghujahan. Beliau bersama Aminuddin adalah peguam yang mengendalikan kes ini sejak 5 tahun lalu tanpa sebarang bayaran.

* Hakim senyum-senyum saja mendengar hujahan peguam kami Augustine Anthony. Beliau menegaskan tetang keadaan kesihatan OKZ juga perjalanan kes sebelumnya. Ramai mereka yang sudah kehilangan kerja dan sudah 'terhukum'.

* Peguam ke 4 Charan Singh pula sambung penghujahan.

* DPP bangun dan bantah permohonan penangguhan hukuman dan merasakan hukuman mandatori wajar
Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Norsalha Hamzah telah menjatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000, dan telah menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut kepada 13 individu yang terlibat dalam perhimpunan di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, 6 Februari 2009.

Mereka adalah Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail SM Abdul Kadir, 47.

Keputusan hakim berkenaan dilihat oleh banyak pihak sebagai "terlalu keras" dan tidak sepadan dengan kesalahan yang dilakukan.

Apatah lagi permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut telah ditolak menyebabkan kesemua 13 tertuduh terpaksa menjalani hukuman penjara serta-merta.

Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah menyifatkan penghakiman kes tersebut hanya menambah-burukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap sistem kehakiman negara. Ia juga boleh merencatkan penghormatan orang ramai terhadap Ops Cantas atau sebarang usaha pihak keselamatan untuk membanteras jenayah, sekali gus menguatkan lagi sangkaan umum bahawa "kes-kes politik" lebih dipandang serius berbanding kesejahteraan rakyat.

Sebelum ini, Dewan Muslimat PAS telah melancarkan tabung bagi membantu keluarga 13 orang tersebut dan banyak pihak terutama PAS Kawasan-kawasan telah mengadakan solat hajat memohon agar kesemua 13 orang tersebut dibebaskan.

Sumber gambar dan teks: Facebook Nashita, Jamaluddin, Faeez, Azizul, Dustbin, Naeem, Dr. Mujahid dan Fawi (WatsApp) -cenangau
Ibu Tunggal (Orang Kena Zalim) yang berani...

Suhana Abdullah, 49, seorang ibu tunggal,beralamat 44, Kg Labu Kubong, Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak merupakan Orang Kena Zalim.Sebentar  lagi akan dibebaskan dengan jaminan RM3000.00 sebelum rayuan untuk dibebaskan dari hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen didengari di Mahkamah Tinggi,Taiping.Beliau ibu tunggal yang berani.Denda yang dikenakan ke atas 13 OKZ ,RM5000.00 mesti dijelaskan dalam tempoh 6 bulan. 13 OKZ tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan media.
Mantaro Sisi Bukit.com












0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena