Monday 20 October 2014

Operasi MBI di MemoriLane...Bedesumm! Hayun beg kepada peniaga OKU

Sekasa, 21 Oktober 2014

Dari inbox admin

Assalam. King,

Semalam ada kejadian penguatkuasa MBI buat operasi untuk peniaga pagi ahad di memori lane. Takpe la macam biasa yang tak berlesen barang diangkut. Tu tak kesah sangat sebab dorang menjalankan tugas.

Yang saya tak puas hati ada sorang penguatkuasa ni bertindak dengan emosi. Dia baling beg bagasi besar tu pada sorang peniaga OKU. Alasannya peniaga tu nak langgar dia dengan guna motor roda 3 OKU tu. Saya nampak depan mata mana ada langgar pun. Kesian peniaga OKU tu.

Bukan baling beg bagasi tu tapi nampak dengan sekuat hati dia hayun beg tu pada peniaga OKU tu. Peniaga OKU tu ambil motor roda 3 nya sebab masa operasi MBI ramai peniaga kemas barang-barang mereka nak selamatkan barang-barang kerana takut barang-barang diangkut semua.

Peniaga OKU ni sebab tak boleh nak bawak barangnya sendiri sebab jalan pun pakai tongkat. Apa yang saya tak puas hati ialah sampai hati dia buat macam tu pada peniaga OKU tu. Sungguh pun dia berniaga takde lesen dan berniaga tempat haram takkan la sampai hayun beg bagasi besar tu pada dia. Dia OKU tak mampu nak jalan dengan sempurna.

Biar la dia guna motor roda 3 tu untuk selamatkan barang dia dari diambil MBI. Orang ramai nampak tapi tak mampu nak buat apa. Penguatkuasa tak ubah dah macam gengster. Saya tak sempat nak record video tapi sempat ambil gambar pengutkuasa tu.

Harap king sembunyikan identiti saya.

P/S : See..... Rakyat hidup dalam tekanan.. one day.. akan sampai tahap sediakan parang untuk libas penguatkuasa ni tak lama lagi... tak caya tengok la. betul ker tak?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena