Tuesday 21 October 2014

Lepas ni “belai” babi pula? Apakah hujah peserta yang hadir pada 'Program Usap Kepala Anjing'!

Selasa, 21 Oktober 2014

Lepas ni “belai” babi pula?

HAMBALI AKRAM 

http://cdn.trendhunterstatic.com/thumbs/pigs-and-papa.jpeg
SAYA terkejut dengan penganjuran acara “I Want to Touch a Dog” yang berlangsung di Central Park, Bandar Utama. Adakah ini kesan daripada wasatiyah atau liberalisme dalam Islam?

Umumnya mengetahui bahawa hukum-hakam mengenai anjing telah jelas dan diperincikan oleh ulama silam mahupun semasa. Cuma yang membuatkan saya terkejut ialah pemahaman sesetengah orang Melayu yang mengaku Islam perbezaan tidak haram tersentuh dengan halal dibelai atau dipegang.

Memanglah banyak kisah yang berkaitan dengan anjing dan hubungannya dengan manusia yang dinukilkan dalam sirah, mahupun dalam al-Quran tetapi tidaklah sampai kita disuruh membelai anjing seperti membelai kucing pula.

Apabila melihat gambar-gambar yang disiarkan dalam portal-portal di internet jelas menunjukkan salah faham terhadap isu ini.

Ketika kecil, keluarga saya juga membela anjing untuk tujuan menjaga keselamatan, menjaga kebun, malah untuk tujuan perburuan juga. Keluarga kami menjaga makan-minum dan kesihatan anjing dengan baik, tetapi tidaklah pula dipegang sesuka hati. Kami hanya akan memegang anjing apabila ada keperluan sahaja seperti mengubati luka.


Saya tidak tahu apakah hujah Ustaz yang hadir pada program tersebut sehingga orang ramai yang hadir memegang anjing seperti memegang kucing layaknya.

Mungkin selepas ini akan ada program memegang babi pula kerana ada yang berhujah tiada nas yang mengatakan haram “memegang” babi – Cuma ada nas mengharamkan babi. – HARAKAHDAILY 20/10/2014
Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena