Wednesday 29 October 2014

Akta Hasutan: Pemimpin PR kena, Umno BN mencetuskan kebencian kaum tak apa?

Rabu, 29 Oktober 2014

Akta Hasutan: Pemimpin PR kena, Umno BN tak apa?

HAZAYANI ZAKARIA | .
PETALING JAYA: PAS konsisten mendesak Akta Hasutan dihapuskan tanpa ada tindakan dan pendakwaan terpilih.
 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kerajaan hanya mengambil tindakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis yang mengkritik kerajaan.
 
Sebaliknya mereka berdiam diri apabila pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) bertindak mencetuskan kebencian kaum dan agama.
 
Beliau berkata, isu perkauman, perbalahan agama yang cuba dicetuskan seperti tindakan meletakkan kepala babi di dalam masjid, kejadian membakar gereja serta ucapan dan pandangan yang bersifat perkauman tidak diambil tindakan di bawah Akta Hasutan.
 
"Mahu atau tidak orang seperti Ibrahim Ali ditahan di bawah Akta Hasutan? Saya tak setuju.
 
"Jikalau kita menentang Akta Hasutan dikenakan kepada kita, kita juga tak bersetuju (Akta Hasutan) dikenakan kepada semua," kata beliau ketika berucap di Majlis Makan Malam Bantah Akta Hasutan di Dewan Sivik Petaling Jaya, malam tadi.
 
Beliau turut menjelaskan, majlis makan malam tersebut merupakan usaha awal untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar menentang Akta Hasutan dan juga akta-akta lain yang digunakan untuk menakutkan rakyat.
 
"Oleh itu jamuan ini akan menggerakakan rakyat supaya Akta Hasutan dihapuskan terus di Malaysia.
 
"Jamuan ini satu permulaan penyatuan rakyat  semua kaum dan pertubuhan untuk kita menentang Akta Hasutan dan akta-akta yang diwujudkan pada zaman British yang kini masih digunakan untuk menakutkan rakyat," katanya.
 
Majlis makan malam tersebut dianjurkan oleh Badan Penggerak Demokrasi dan Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH).
 
Ia bertujuan mengumpul dana bagi membantu mereka yang didakwa mengikut Akta Hasutan.
 
Antara mangsa Akta Hasutan yang hadir ialah pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Khalid Samad, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Tian Chua, ahli akademik iaitu Aziz Bari, bekas pemimpin Umno, Datuk Tamrin Ghafar, aktivis Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Ustaz Wan Ji.
 
Sebanyak RM30,000 berjaya dikumpulkan malam tadi dan diserahkan kepada wakil peguam, Lateefa Koya bagi kos guaman. -HARAKAHDAILY 28/10/2014


Gereja yang menjadi serangan molokov ...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena