Friday 31 October 2014

[Video] Kedah 'sekali' lagi! Puting beliung, 20 rumah rosak teruk...

Jumaat, 31 Oktober 2014

Lagi puting beliung di Kedah - 20 rumah rosak teruk





Pautan kekal imej terbenam

DI KEPALA BATAS, JITRA

ORANG ramai melihat rumah yang rosak teruk akibat dilanda puting beliung dekat Alor Setar, Kedah hari ini. 

ALOR SETAR - Sekurang-kurangnya 20 buah rumah di beberapa kawasan di daerah ini termasuk Kampung Sungai Baru, Kampung Batin, Taman Inang dan Mergong rosak teruk akibat puting beliung dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang tadi.
Di Kampung Sungai Baru di Jalan Kuala Sungai di sini sebuah rumah ranap manakala sembilan lagi mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung.
Seorang mangsa, Mohd. Nizam Hamzah, 46, berkata, dia sempat merakamkan pusaran puting beliung kira-kira 100 meter dari rumahnya.
"Hampir keseluruhan bumbung rumah saya diterbangkan angin.
"Saya juga nampak pusaran angin menerbangkan banyak zink dalam masa kira-kira 10 minit sebelum ia bergerak ke arah Mergong," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sungai Baru di sini hari ini.
Tinjauan Kosmo! mendapati puluhan rumah rosak dan banyak pokok tumbang dalam kejadian tersebut.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan - Kosmo
Sumber: Mimpi Senja
Kedahkini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena