Monday 27 October 2014

Nampak! Jokowi urus 277 juta rakyat dibantu 34 menteri...Malaysia? Najib & 36 menteri urus rakyat 28 juta aje!

Isnin, 27 Oktober 2014
Photo: BEZA MARHAEN DAN BANGSAWAN MENJADI PEMIMPIN

Berkaitan asbab pemashuran Bapak Joko Widodo atau mesra dikenali sebagai Jokowi sebagai Presiden Indonesia selepas Bapak Susilo Bambang Yudhoyono, saya ingin memetik beberapa pemerhatian yang saya fikir wajar untuk semua lihat dan agak menarik untuk kita teliti.

Jokowi bagi yang tidak mengenali mungkin boleh buat bacaan sedikit dari sumber-sumber yang pelbagai atau mungkin juga boleh menonton filem "Jokowi" yang telah ada sebelum beliau menjadi seorang presiden lagi.

Permulaan hidup beliau dari marhaen yang sukar menjadi matang lebih awal apabila hidup sentiasa dihimpit dan dicabar dengan pelbagai masalah dan rintangan. Mana mungkin seorang anak manja bangsawan yang tercalar dek lalang sudah masuk ke wad di hospital kelas pertama boleh jadi lebih kuat dan kreatif berbanding anak kampung yang biasa jatuh dari pokok rambutan dan biasa juga disengat tebuan dan hanya diubati dengan ludahan air liur sendiri dan terus bangkit berjalan semula.

Kita harapkan Bapak Jokowi mampu untuk menjadi seorang presiden yang meneruskan kesederhanaan beliau. Anak-anak beliau buat masa ini masih lagi meneruskan kehidupan biasa. Anak sulong Jokowi, Gibran Rakabuming masih meneruskan perniagaan katering dan perancang perkahwinan dan masih lagi sangat sederhana dengan sebuah kereta Mazda hatchback yang dibeli hasil dari perniagaannya sendiri. Malah, sehingga hari akhir sebelum pemashuran bapanya sebagai orang nombor 1 Indonesia, beliau masih lagi meneruskan kerja menyiapkan tempahan pelanggannya.

Isteri Bapak Jokowi, Irina sangat sederhana mengenakan busana bukan rekaan butik tetapi sekadar pakaian marhaen yang dibeli dengan harga borong di Tanah Abang (tahap pasar malam) dan tidak pernah dilihat mengenakan aksesori-aksesori berjenama. Tidak ada beg tangan Birkin, tiada cincin bertatah intan dengan potongan jauhari ternama dunia dan tidak juga membeli belah di Harrods atau di Champs Elysees sekalipun sebelum ini Jokowi telahpun terlebih dahulu menduduki kerusi Datuk Bandar dan juga Gabenor Jakarta. Atas dasar itu, kita doakan Bapak Jokowi sekeluarga akan terus konsisten dalam carahidup yang disenangi marhaen dan tidak melampau-lampau.

Sebagai seorang ketua negara, saya fikir beliau sangat layak menerima semua kemudahan kerajaan yang ada. Namun apabila beliau mampu untuk berundur dan kurang bermewah, insyaAllah hubungan beliau dengan rakyat akan menjadi sangat rapat.

Saya masih ingat semasa saya kecil dahulu, saya diwajibkan oleh sekolah untuk berbaris dari pintu gerbang Sekolah Menengah Bandar Bera sehingga ke kawasan sekolah hanya untuk menyambut seorang pemimpin yang turun padang dan saya fikir beliau bergelar seorang menteri. Sebagai anak Felda yang comot, saya teruja untuk bersalaman dengan individu yang saya juga kurang pasti siapa tetapi saya yakin beliau orang penting dalam negara sehingga guru besar mewajibkan sambutan itu. Semasa mereka turun dari kereta saya terasa seperti seorang bidadari gempal turun dari sebuah kereta dengan beg tangan dan rambut yang berlitup sedikit sekadar memenuhi syarat (ini bukan DS Rosmah, ini sekitar awal 90-an). Tidak dapat bersalaman dengan suaminya, salam dengan isterinya pun jadilah.

Tetapi dengan pakaian berkerlipan dan kelihatan seperti terlampau jauh dengan kecomotan saya, jadi naik segan nak bersalam. Namun keinginan untuk bersalam diteruskan juga, saya terasa bangga dapat bersalaman dengan isteri seorang pemimpin dan tiba-tiba rasa bangga itu hilang apabila beliau mengambil sapu tangan dan mengelap tangannya itu di hadapan kami.

Ohhh...kotorkah kami ini?

Mungkin saya masih terlampau kecil ketika itu tetapi detik dalam hati sudah terasa tersinggung. Dalam hati berkata, tidak mengapa kerana mereka orang bangsawan.

Soalnya, jikalah ada pemisah antara pemimpin dengan marhaen sebegitu, bagaimanakah masalah marhaen mampu mereka ini fahami?

Malaysia telah ditadbir oleh 6 orang Perdana Menteri. Kesemua mereka dari kalangan darah bangsawan kecuali Tun Mahathir yang bangkit dari selut dan lumpur marhaen. Sebab itulah, cetusan marhaen beliau dalam buku "The Malay Dilemma" telah menjadi satu anjakan serta lonjakan untuk beliau menuju ke atas sebagai seorang Perdana Menteri. Tun Abdullah juga bukanlah dari golongan bangsawan sangat tetapi mungkin pentadbiran beliau agak sedikit perlahan kerana kita telah disuakan dan merasai satu kayuukur yang tinggi yang telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir sendiri.

Bukanlah mahu kita katakan Tun Mahathir seorang yang terlampau hebat kerana beliau juga manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan. Bapak Jokowi juga tidak terlepas dengan kesilapan demi kesilapan yang pasti bakal menjadi bahan untuk pihak lain menjatuhkannya.

Indonesia memerlukan seorang presiden yang berjiwa marhaen bagi menaikkan kelangsungan Indonesia malah terus memajukan Indonesia dalam satu dekad mendatang.

Terkait dengan surat terbuka saya kepada Perdana Menteri sebelum ini, saya mengatakan bahawa menjadi satu keperluan untuk PM turun sendiri dan merapatkan jarak antara marhaen dengan pemimpin. Turun sendiri dan lihat. Jangan turun dengan pakaian mahal yang senang menjarak beliau dengan marhaen. Pakailah sekadarnya, jika nak buat kejutan sekalipun tidak perlulah isteri datang sama dengan segala aksesori yang berpadanan dengan warna baju dan beg tangan.

Jokowi ialah satu contoh kesederhanaan dalam jiwa memimpin. Kesederhanaan itu bukannya mudah sehingga ada golongan ustaz pendakwah di Malaysia juga ada yang tidak tahan untuk tidak bermewah dengan rezeki kurniaan Allah. Selagi rezeki mereka halal saya tak rasa itu masalah. Biasalah, jika ahli politik bermewah katanya satu pembaziran dan sepatutnya dana itu digunakan untuk membina sekolah dan lebuhraya TETAPI. Jika ahli perniagaan bermewah dengan Lamborghini dinasihati oleh masyarakat "kan elok kalau beri makan orang miskin" dan jika pendakwah bermewah dengan kereta sport mahal nanti kata orang ITU REZEKI BELIAU yang penting dia bayar zakat (seolah-olah pemimpin politik tidak bayar zakat pula). Nampak tak persepsi yang tidak adil di situ? JANGAN INGAT SAYA KRITIK GOLONGAN INI TETAPI SAYA SEDANG MENGKRITIK MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI PERSEPSI INI. Perlu ingat, persepsi baik buruk itu bergantung juga kepada siapa pelakunya dalam konteks ini. Kelakar. Kalau ahli politik, habis kena bahan sampai lunyai. Kalau ustaz, semua nak fikir ustaz ini maksum dan tak boleh buat silap.

IKTIBAR DARI JOKOWI

Hujung sekali, saya ingin menyatakan doa saya dan mengajak anda semua untuk mendoakan agar Presiden Jokowi dapat terus rapat dengan golongan marhaen. Rapat dalam erti kata yang benar-benar menyelami keperluan dan penderitaan rakyat dan bukan sekadar rapat kerana boleh layan "K-Pop" dan "Selfie" ala-ala remaja hiphop. Dengan cara itu, setiap perancangan dan siyyasah dalam pentadbiran akan mengambil kira untuk membawa marhaen sekali agar tidak keciciran dalam kemajuan.

Pemimpin ialah pemimpin. Untuk jadi pemimpin berjiwa rakyat bukanlah dengan mengambil budaya yang sedang "trend" seperti "selfie" mahupun K-Pop sebagai modal kononnya nanti orang akan kata "PM ni cool gillerr". Sebaliknya, rapatnya seorang pemimpin itu dengan rakyat ialah dengan turun padang mengambil tahu dengan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada laporan badut-badut sarkis di keliling gelanggang semata-mata.

Rimas juga jika ayah kita yang berumur 70 tahun tiba-tiba berseluar jeans besar londeh sampai menampakkan seluar dalam dengan memakai topi baseball terbalik sambil mengenakan segala jenis rantai logam di leher dan bercermin mata hitam. Kononnya dengan cara itu mampu memenangi hati anaknya yang hip hop itu. Jika saya jadi anak, saya pun lari tak cukup tanah jika ayah saya buat begitu.

Buang tebiat.

Pemimpin tetap pemimpin

Kita telah banyak lihat pemimpin yang lahir atas bumi ini lebih hebat mentadbir berbanding dengan pemimpin yang lahir di atas langit.

Sama-sama kida doakan kemakmuran Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Jokowi. Mari juga kita doakan agar Malaysia juga mampu mengambil iktibar dari kisah ini. Biar bangsawan jadi pemimpin bangsawan, biar marhaen memimpin marhaen.

Mana mungkin enggang memimpin pipit jika terbangnya tak sama tinggi dan makannya tak sama rasa?

Jika enggang dapat terbang rendah dan makan juga makanan sang pipit insyaAllah enggang juga mampu tahu masalah pipit dan mampu memimpin dengan baik tanoa leka di atas langit tinggi.

Akhir kata, TAHNIAH Bapak Jokowi atas perlantikan sebagai Presiden Indonesia yang baru.

Salam hormat

SAIFUL NANG
//share sahaja tak perlu minta izin untuk share
Photo: Jokowi umumkan nama² menteri yang akan bantu dia urus negara Indonesia. 34 orang je beb! 

Nak urus lebih daripada 277 juta rakyat! 

Malaysia? 

36 menteri termasuk timbalan menteri untuk urus negara yang rakyatnya tak lebih daripada 28juta orang. 

Dah la ramai kemain, otak menteri² setiap seorang tahap cendol. Nasib oh nasib. Apa ke malang sangat nasib rakyat Malaysia ni.

Tukar kerajaan,tukar pemerintah kurup kepada yang lebih baik. Tengok Indonesia.. ada huru hara? 

Malaysia media di arah untuk momokkan bahawa tukar kerajaan akan berlaku huru hara. Padahal yg huru hara tu pemimpin BN yang rasuah.. kaya raya hasil curi duit rakyat!!!

Nampak?
Jokowi umumkan nama² menteri yang akan bantu dia urus negara Indonesia. 34 orang je beb!

Nak urus lebih daripada 277 juta rakyat!

Malaysia?

36 menteri termasuk timbalan menteri untuk urus negara yang rakyatnya tak lebih daripada 28juta orang.

Dah la ramai kemain, otak menteri² setiap seorang tahap cendol. Nasib oh nasib. Apa ke malang sangat nasib rakyat Malaysia ni.

Tukar kerajaan,tukar pemerintah kurup kepada yang lebih baik. Tengok Indonesia.. ada huru hara?

Malaysia media di arah untuk momokkan bahawa tukar kerajaan akan berlaku huru hara. Padahal yg huru hara tu pemimpin BN yang rasuah.. kaya raya hasil curi duit rakyat!!!

Nampak?


BEZA MARHAEN DAN BANGSAWAN MENJADI PEMIMPIN


Berkaitan asbab pemashuran Bapak Joko Widodo atau mesra dikenali sebagai Jokowi sebagai Presiden Indonesia selepas Bapak Susilo Bambang Yudhoyono, saya ingin memetik beberapa pemerhatian yang saya fikir wajar untuk semua lihat dan agak menarik untuk kita teliti.

Jokowi bagi yang tidak mengenali mungkin boleh buat bacaan sedikit dari sumber-sumber yang pelbagai atau mungkin juga boleh menonton filem "Jokowi" yang telah ada sebelum beliau menjadi seorang presiden lagi.

Permulaan hidup beliau dari marhaen yang sukar menjadi matang lebih awal apabila hidup sentiasa dihimpit dan dicabar dengan pelbagai masalah dan rintangan. Mana mungkin seorang anak manja bangsawan yang tercalar dek lalang sudah masuk ke wad di hospital kelas pertama boleh jadi lebih kuat dan kreatif berbanding anak kampung yang biasa jatuh dari pokok rambutan dan biasa juga disengat tebuan dan hanya diubati dengan ludahan air liur sendiri dan terus bangkit berjalan semula.

Kita harapkan Bapak Jokowi mampu untuk menjadi seorang presiden yang meneruskan kesederhanaan beliau. Anak-anak beliau buat masa ini masih lagi meneruskan kehidupan biasa. Anak sulong Jokowi, Gibran Rakabuming masih meneruskan perniagaan katering dan perancang perkahwinan dan masih lagi sangat sederhana dengan sebuah kereta Mazda hatchback yang dibeli hasil dari perniagaannya sendiri. Malah, sehingga hari akhir sebelum pemashuran bapanya sebagai orang nombor 1 Indonesia, beliau masih lagi meneruskan kerja menyiapkan tempahan pelanggannya.

Isteri Bapak Jokowi, Irina sangat sederhana mengenakan busana bukan rekaan butik tetapi sekadar pakaian marhaen yang dibeli dengan harga borong di Tanah Abang (tahap pasar malam) dan tidak pernah dilihat mengenakan aksesori-aksesori berjenama. Tidak ada beg tangan Birkin, tiada cincin bertatah intan dengan potongan jauhari ternama dunia dan tidak juga membeli belah di Harrods atau di Champs Elysees sekalipun sebelum ini Jokowi telahpun terlebih dahulu menduduki kerusi Datuk Bandar dan juga Gabenor Jakarta. Atas dasar itu, kita doakan Bapak Jokowi sekeluarga akan terus konsisten dalam carahidup yang disenangi marhaen dan tidak melampau-lampau.

Sebagai seorang ketua negara, saya fikir beliau sangat layak menerima semua kemudahan kerajaan yang ada. Namun apabila beliau mampu untuk berundur dan kurang bermewah, insyaAllah hubungan beliau dengan rakyat akan menjadi sangat rapat.

Saya masih ingat semasa saya kecil dahulu, saya diwajibkan oleh sekolah untuk berbaris dari pintu gerbang Sekolah Menengah Bandar Bera sehingga ke kawasan sekolah hanya untuk menyambut seorang pemimpin yang turun padang dan saya fikir beliau bergelar seorang menteri. Sebagai anak Felda yang comot, saya teruja untuk bersalaman dengan individu yang saya juga kurang pasti siapa tetapi saya yakin beliau orang penting dalam negara sehingga guru besar mewajibkan sambutan itu. Semasa mereka turun dari kereta saya terasa seperti seorang bidadari gempal turun dari sebuah kereta dengan beg tangan dan rambut yang berlitup sedikit sekadar memenuhi syarat (ini bukan DS Rosmah, ini sekitar awal 90-an). Tidak dapat bersalaman dengan suaminya, salam dengan isterinya pun jadilah.

Tetapi dengan pakaian berkerlipan dan kelihatan seperti terlampau jauh dengan kecomotan saya, jadi naik segan nak bersalam. Namun keinginan untuk bersalam diteruskan juga, saya terasa bangga dapat bersalaman dengan isteri seorang pemimpin dan tiba-tiba rasa bangga itu hilang apabila beliau mengambil sapu tangan dan mengelap tangannya itu di hadapan kami.

Ohhh...kotorkah kami ini?

Mungkin saya masih terlampau kecil ketika itu tetapi detik dalam hati sudah terasa tersinggung. Dalam hati berkata, tidak mengapa kerana mereka orang bangsawan.

Soalnya, jikalah ada pemisah antara pemimpin dengan marhaen sebegitu, bagaimanakah masalah marhaen mampu mereka ini fahami?

Malaysia telah ditadbir oleh 6 orang Perdana Menteri. Kesemua mereka dari kalangan darah bangsawan kecuali Tun Mahathir yang bangkit dari selut dan lumpur marhaen. Sebab itulah, cetusan marhaen beliau dalam buku "The Malay Dilemma" telah menjadi satu anjakan serta lonjakan untuk beliau menuju ke atas sebagai seorang Perdana Menteri. Tun Abdullah juga bukanlah dari golongan bangsawan sangat tetapi mungkin pentadbiran beliau agak sedikit perlahan kerana kita telah disuakan dan merasai satu kayuukur yang tinggi yang telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir sendiri.

Bukanlah mahu kita katakan Tun Mahathir seorang yang terlampau hebat kerana beliau juga manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan. Bapak Jokowi juga tidak terlepas dengan kesilapan demi kesilapan yang pasti bakal menjadi bahan untuk pihak lain menjatuhkannya.

Indonesia memerlukan seorang presiden yang berjiwa marhaen bagi menaikkan kelangsungan Indonesia malah terus memajukan Indonesia dalam satu dekad mendatang.

Terkait dengan surat terbuka saya kepada Perdana Menteri sebelum ini, saya mengatakan bahawa menjadi satu keperluan untuk PM turun sendiri dan merapatkan jarak antara marhaen dengan pemimpin. Turun sendiri dan lihat. Jangan turun dengan pakaian mahal yang senang menjarak beliau dengan marhaen. Pakailah sekadarnya, jika nak buat kejutan sekalipun tidak perlulah isteri datang sama dengan segala aksesori yang berpadanan dengan warna baju dan beg tangan.

Jokowi ialah satu contoh kesederhanaan dalam jiwa memimpin. Kesederhanaan itu bukannya mudah sehingga ada golongan ustaz pendakwah di Malaysia juga ada yang tidak tahan untuk tidak bermewah dengan rezeki kurniaan Allah. Selagi rezeki mereka halal saya tak rasa itu masalah. Biasalah, jika ahli politik bermewah katanya satu pembaziran dan sepatutnya dana itu digunakan untuk membina sekolah dan lebuhraya TETAPI. Jika ahli perniagaan bermewah dengan Lamborghini dinasihati oleh masyarakat "kan elok kalau beri makan orang miskin" dan jika pendakwah bermewah dengan kereta sport mahal nanti kata orang ITU REZEKI BELIAU yang penting dia bayar zakat (seolah-olah pemimpin politik tidak bayar zakat pula). Nampak tak persepsi yang tidak adil di situ? JANGAN INGAT SAYA KRITIK GOLONGAN INI TETAPI SAYA SEDANG MENGKRITIK MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI PERSEPSI INI. Perlu ingat, persepsi baik buruk itu bergantung juga kepada siapa pelakunya dalam konteks ini. Kelakar. Kalau ahli politik, habis kena bahan sampai lunyai. Kalau ustaz, semua nak fikir ustaz ini maksum dan tak boleh buat silap.

IKTIBAR DARI JOKOWI

Hujung sekali, saya ingin menyatakan doa saya dan mengajak anda semua untuk mendoakan agar Presiden Jokowi dapat terus rapat dengan golongan marhaen. Rapat dalam erti kata yang benar-benar menyelami keperluan dan penderitaan rakyat dan bukan sekadar rapat kerana boleh layan "K-Pop" dan "Selfie" ala-ala remaja hiphop. Dengan cara itu, setiap perancangan dan siyyasah dalam pentadbiran akan mengambil kira untuk membawa marhaen sekali agar tidak keciciran dalam kemajuan.

Pemimpin ialah pemimpin. Untuk jadi pemimpin berjiwa rakyat bukanlah dengan mengambil budaya yang sedang "trend" seperti "selfie" mahupun K-Pop sebagai modal kononnya nanti orang akan kata "PM ni cool gillerr". Sebaliknya, rapatnya seorang pemimpin itu dengan rakyat ialah dengan turun padang mengambil tahu dengan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada laporan badut-badut sarkis di keliling gelanggang semata-mata.

Rimas juga jika ayah kita yang berumur 70 tahun tiba-tiba berseluar jeans besar londeh sampai menampakkan seluar dalam dengan memakai topi baseball terbalik sambil mengenakan segala jenis rantai logam di leher dan bercermin mata hitam. Kononnya dengan cara itu mampu memenangi hati anaknya yang hip hop itu. Jika saya jadi anak, saya pun lari tak cukup tanah jika ayah saya buat begitu.

Buang tebiat.

Pemimpin tetap pemimpin

Kita telah banyak lihat pemimpin yang lahir atas bumi ini lebih hebat mentadbir berbanding dengan pemimpin yang lahir di atas langit.

Sama-sama kida doakan kemakmuran Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Jokowi. Mari juga kita doakan agar Malaysia juga mampu mengambil iktibar dari kisah ini. Biar bangsawan jadi pemimpin bangsawan, biar marhaen memimpin marhaen.

Mana mungkin enggang memimpin pipit jika terbangnya tak sama tinggi dan makannya tak sama rasa?

Jika enggang dapat terbang rendah dan makan juga makanan sang pipit insyaAllah enggang juga mampu tahu masalah pipit dan mampu memimpin dengan baik tanoa leka di atas langit tinggi.

Akhir kata, TAHNIAH Bapak Jokowi atas perlantikan sebagai Presiden Indonesia yang baru.

Salam hormat

SAIFUL NANG
//share sahaja tak perlu minta izin untuk share

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena