Thursday, 23 October 2014

' ROBIN HOOD' Kuasai Kuala Sepetang?..."Polis Tak Takut" - KPN

Jumaat, 24 Oktober 2014
Demo nelayan di Kuala Sepetang...

' ROBIN HOOD' KUASAI KAWASAN DAN KEBAL

‘Robin Hood’ kuasai kawasan


Pemandangan Kuala Sepetang yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti penduduk.

Seorang lelaki yang mendapat jolokan ‘Robin Hood’ didakwa menjadi dalang aktiviti jenayah khususnya penyeludupan di jajaran pantai barat Perak meliputi Kuala Sepetang, Bagan Panchor sehingga sekitar kawasan Hutan Melintang seperti didedahkan oleh akhbar ini sebelum ini.

Lelaki berusia lingkunan 60-an itu dikatakan amat berpengaruh dengan mampu mengawal, merancang dan mengarahkan aktiviti-aktiviti jenayah termasuk penyeludupan dan pengedaran dadah, senjata api, rokok serta pendatang asing tanpa izin (PATI) mengikut kehendaknya di rangkaian kawasan berkenaan.


Sumber itu mendakwa, lelaki tempatan tersebut mendapat jolokan ‘Robin Hood’ berikutan tindakannya yang menderma sebahagian daripada hasil kegiatan jenayah kumpulannya kepada golongan miskin sehingga dianggap seperti ‘wakil rakyat’ di situ.

“Dia dipercayai memutihkan hasil kegiatan haram menerusi perusahaan ladang kelapa sawit dan ternakan ikan dalam sangkar sebelum menggunakan sebahagian daripadanya untuk menderma bagi tujuan melindungi perbuatannya,” dakwanya kepada Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan kawasan di sekitar Kuala Sepetang antara lain didakwa menjadi lubuk jenayah yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan berpengaruh dan ‘kebal’ daripada tindakan penguat kuasa.

Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui kebenaran pendedahan Utusan Malaysia tersebut telah mengarahkan tiga pasukan polis elit iaitu Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan pasukan taktikal jabatan siasatan jenayah untuk mengepalai operasi gempur berkenaan.

Beliau dilaporkan berkata, banyak penempatan nelayan di pantai barat terbabit dengan pelbagai jenayah dan kewujudan kumpulan samseng di kawasan penempatan nelayan bukan sahaja berlaku di Kuala Sepetang malahan di Pangkor, Hutan Melintang serta di beberapa perkampungan nelayan lain di sebelah pantai barat.

Sumber itu mendakwa, lelaki terbabit dipercayai mempunyai 200 hingga 300 orang pengawal dan pekerja menyatakan sumpah setia kepadanya serta sanggup berkorban nyawa jika berhadapan sebarang halangan yang boleh menganggu aktiviti haram mereka.

Dakwanya, bagi melicinkan aktiviti jenayah dilakukan kumpulannya terutama penyeludupan, lelaki berkenaan mempunyai pelbagai aset yang sukar ditandingi atau dipintas oleh agensi penguat kuasa seperti bot dengan kelajuan 500 kuasa kuda ke atas.

“Bayangkan betapa berpengaruh dan berkuasanya lelaki ini apabila jumlah aset yang ada padanya boleh menampung kehidupan tiga hingga empat generasinya,” dakwa sumber itu.

Sumber itu mendakwa, aktiviti haram ‘Robin Hood’ diwariskan secara turun temurun dan kini dikatakan dalam peralihan kuasa kepada anak buahnya yang juga merupakan orang kanan kumpulan berkenaan disebabkan faktor usia.-
Sumber Kedahkini.

Comments:


Tanpa Nama berkata...23 Oktober 2014 5:57 PTG
Kalau betul dakwaan dalam artikel ini, kenapa pihak berkuasa di bawah BN tidak ambil tindakan?Kalau betul DAP terlibat,sudah tentu BN paling gembira. Adakah ini satu lagi sandiwara BN? Atau sebenarnya BN yang terlibat? Sendiri mau ingat la...
MAFIA KUALA SEPETANG
mymassa
Polis Tak Takut - KPN

Khalid Abu Bakar

CHERAS: Polis tidak takut dan gentar untuk melakukan serbuan atau mengambil sebarang tindakan di kawasan Kuala Sepetang, Perak yang didakwa menjadi lokasi jenayah dan aktiviti mafia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis akan sentiasa memantau dan menyerbu mana-mana sahaja kawasan yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah.

"Saya rasa polis belum sampai ke tahap itu (takut).

"Belum ada tempat di mana-mana juga di negara kita yang polis takut untuk berhadapan dengan keadaan yang mengancam ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 30 ekor kuda yang baharu dibeli oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di sini, Khamis.

Menurut Khalid, kegiatan jenayah di Kuala Sepetang memang wujud tetapi tidak sampai ke tahap dikuasai oleh kumpulan mafia.

"Kita tak nafikan berlaku jenayah di Kuala Sepetang tapi bukan sampai wujud mafia dan sebagainya" katanya.

Beliau menambah, walaupun Kuala Sepetang pernah menjadi sebuah pusat penyeludupan pada masa dahulu tetapi sekarang kawasan tersebut lebih dikenali dan berpotensi sebagai pusat pelancongan.

"Saya percaya masih berlaku penyeludupan ini tapi tak seperti apa yang digambarkan...begitu teruk keadaannya.

"Kuala Sepetang sekarang adalah pusat pelancongan saya rasa eloklah kita majukan kawasan itu sebagai kawasan peranginan untuk tarik pelancong," katanya.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini menerbitkan artikel mengenai kegiatan mafia yang dikatakan berleluasa di kawasan itu melibatkan pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga.

Laporan tersebut mendakwa pelbagai aktiviti jenayah berlaku di sana, termasuk penyeludupan, pengedaran dadah, perjudian, pencerobohan tanah kerajaan dan pencerobohan pendatang tanpa izin yang dikendalikan oleh sindiket berpengaruh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan tersebut.

Katanya, meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut ~mstar


Sumber Kedahkini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena