Thursday 30 October 2014

[Video] Malu Woiiii! KLIA 2 banjir...Lawak sungguh 'timba dengan baldi aje'...

Khamis, 30 Oktober 2014



Malu beb, inikah yang kononnya lapangan terbang antarabangsa yang terbaik di Asia. Banjir beb, hari itu bila ada aduan mengenai landasan KLIA2 yang tidak rata dan berlubang buat-buat tak tahu, masih syok sendiri.

Dengan landasan berlubang, mendap, bangunan terminal retak, indah kabar daripada rupa. Admin bukan nak salahkan akak dalam video nih, akak nih pun tahu malu dengan penumpang, pasal dia sedar kerana kejadian ini boleh memalukan KLIA2 mahupun kerajaan Malaysia.

Dana kewangan yang cukup tetapi hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan dana kewangan yang diperuntukkan.

Tikaqbuloh


KLIA2 JADI BAHAN LAWAK ANTARABANGSA -VIDEO

'Isu mendapan di KLIA2 jadi lawak antarabangsa'


MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata pihak berkuasa masih tidak bertindak walau isu mendapan landasan, jalan rayap dan tempat letak pesawat di KLIA2 kini menjadi “lawak antarabangsa”.

Pua berkata, pemilik KLIA2 Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga gagal menyerahkan laporan penuh mengenai status operasi lapangan terbang itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC).

Dalam sidang media di bangunanan parlimen hari ini, Pua berkata MAHB diminta berbuat demikian sejak empat minggu lalu.

"Masalah ini telah menjadi lawak antarabangsa. Kita sekarang mahu tahu adakah masalah ini kecil seperti yang didakwa mereka (MAHB)," kata Pua.

Katanya, masalah mendapan itu boleh dilihat melalui satu video menunjukkan pekerja KLIA2 mencedok ari dari jalan rayap landasan ke parti kerana permukaan tidak sekata

Video dimuatkan di Youtube itu, yang ditunjukkannya kepada para wartawan, menunjukkan masalah di permukaan berkenaan menyebabkan air bertakung di jalan rayap landasan.

Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena