Thursday 23 October 2014

Majlis Pertunangan & Pernikahan Cik Khaleeda Bustamam & TMJ 24 Oktober 2014

Jumaat, 24 Oktober 2014

khaleeda bustamam

TMJ Dan Khaleeda Bustamam Selamat Bergelar Suami Isteri

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30 telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21 di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari ini.
Majlis Pertunangan & Pernikahan Cik Khaleeda Bustamam Dan TMJ 24 Oktober 2014 : Sebelum ini Berita Semasa pernah berkongsikan laporan berita berkenaan majlis pertunangan Tunku Mahkota Johor (TMJ Johor) Tunku Ismail Idris. Itu pada 3 bulan yang lalu. Pejam celik pejam celik, tibalah hari bahagia majlis perkahwinan Tunku Ismail dengan bakal isteri yang cukup bertuah ini yang mana bakal calon pemaisuri Johor Darul takzim suatu hari ini iaitu Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar pada 8 November 2014.

Walaubagaimanapun, majlis pertunangan dan majlis pernikahan Tunku Ismail Idris akan diadakan pada Jumaat ini selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris sendiri telah memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor (TMJ Johor) melangsungkan majlis perkahwinan dengan Cik Khaleeda Bustamam.
gambar khaleeda bustaman dan tmj
Tunku Ismail Idris TMJ Johor akan bernikah dengan Cik Khaleeda Bustamam pada hari Jumaat ini sekaligus menamatkan zaman bujangnya pada :
  • Tarikh Bernikah : 24 Oktober 2014
  • Hari Nikah : Jumaat
  • Lokasi : Istana Bukit Serene, Johor
  • Jurunikah : Mufti Johor Datuk Tahrir
  • Jemputan : Kerabat Diraja Johor dan keluarga yang terdekat sahaja
  • Majlis Perkahwinan : 8 November 8 malam
  • Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menghadiahkan tujuh barangan kepada pihak perempuan. Pihak keluarga perempuan pula akan membalasnya dengan sembilan barangan
  • Gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor

Biodata Cik Khaleeda Bustamam

  1. Tarikh Lahir :  16 Julai 1993
  2. Tempat lahir : Kuala Lumpur
  3. Anak ke berapa : Anak bongsu daripada 5 adik beradik
  4. Nama Ayah : Bustamam Daud
  5. Nama Ibu : Aziyah Abdul Aziz
  6. Sekolah Rendah : Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak (2000 hingga 2003)
  7. Sekolah Rendah : Sekolah St. George’s Hanover Square, London (2003 hingga 2004)
  8. Sekolah Menengah : Westminster Academy London (September 2004 hingga Julai 2008)
  9. Sekolah Menengah : Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur (2010)
Semoga majlis pernikahan ini akan berjalan lancar dan selamat pengantin baru, ucapan daripada Berita Semasa. Semoga Cik Khaleeda Bustamam dan TMJ Johor Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris bahagia hingga ke jannah. Amin.
 Sumber Beritasemasa.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena