Tuesday 28 October 2014

Berita Haram? Rempuh pagar UM disebabkan kesilapan pentadbiran kampus...

Rabu, 29 Oktober 2014
Mankok tak pandai kira...
Photo: macam biasalah bila berlaku perhimpunan rakyat..
mesti ada dua tiga orang mankok tak pandai kira..
macam biasalah bila berlaku perhimpunan rakyat..
mesti ada dua tiga orang mankok tak pandai kira..

Himpunan Saiful ribu raban!
Photo: Wahhh...de gak pemuja sexpol yg hadir...kahkah.
Komen:
Mat Mu Yang saiful punya 100 org lebih walaupun mungkin kurang yg ini 2k lebih atau mungkin lebih 50orng je dia kira..pening lah macam ni apa sifir lah dia guna...

Photo: Laju depa print....kahkah
Laju depa print....kahkah

Tak berlaku rempuh pagar jika UM beri kebebasan

MUHAMMAD FAIZAL | .
PUTRAJAYA: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz  Omar menyifatkan apa yang berlaku di Universiti Malaya (UM) termasuk rempuhan pagar oleh mahasiswa malam tadi adalah disebabkan kesilapan pentadbiran kampus itu.

Katanya, jika pihak pentdbiran memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk menganjurkan pidato, perkara tersebut tidak akan berlaku.

"Apa yang berlaku itu bukan salah pihak penganjur, mahasiswa ataupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ia merupakan kesalahan pihak pentadbiran.

"Kita merasakan jika keizinan diberikan seperti menggunakan dewan sudah pasti ia berjalan dengan lancar dan tidak akan ada rusuhan sedemikian.

"Sikap degil pentadbiran menyebabkan penganjur atau mereka yang hadir terpaksa merempuh masuk," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengambarkan tiada kebebasan yang berlaku di dalam pentadbiran universiti sekarang sekalipun ada fakulti Sains Politik dan undang-undang.

"Sains politik dan perundangan diajar di UM, tetapi ia tidak bermakna jika pelajar dikongkong sepenuhnya untuk mengerti apa itu politik sebenarnya.

"UM perlu memberi sepenuhnya ruang kepada mahasiswa untuk mereka mendekati dunia politik kerana itu merupakan proses pembelajaran mereka yang sebenarnya," sambung beliau.

Anwar hadir ke UM semalam bagi menyampaikan pidato di Dataran Dewan Tunku Chanselor dalam program '40 tahun: Dari UM ke Penjara'.- HARAKAHDAILY 28/10/2014

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena