Sunday 26 October 2014

UM nafi polis berkawal, halang pidato Anwar...Nak tanya Najib! Apa itu demokrasi?

Ahad, 26 Oktober 2014
Photo: Wah smp tahap tu dia org takut ke dato seri anwar ibrahim. Nk tanya najib dan zahid 1 blh. Apa itu maksud demokrasi? 
#RoadToPutrajaya
Wah smp tahap tu dia org takut ke dato seri anwar ibrahim. Nk tanya najib dan zahid 1 blh. Apa itu maksud demokrasi? 
#RoadToPutrajaya
 — feeling Alhamdulillah with Abi Nur and 11 others.


Universiti Malaya (UM) menafikan telah mengeluarkan notis amaran kepada mahasiswa melarang mereka menghadiri pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus perdana itu esok.

Pentadbiran UM turut menafikan bahawa polis akan mengambil alih menjaga keselamatan kampus itu esok bagi menghalang majlis itu.

"Tiada ada perkara bahawa polis akan mengambil alih. UM mempunyai sekuriti sendiri, kenapa kami perlu pihak polis masuk ke sini?" kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Datuk Rohana Yusof.

Beliau juga menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang ancaman untuk mengambil tindakan displin terhadap pelajar yang terlibat dalam majlis itu.

"Tidak ada notis. UM tidak pernah memberi kebenaran pada aktiviti ini, jadi kami tidak jangka majlis tersebut akan berlaku," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu wakil majlis perwakilan pelajar Timbalan Setiausaha Leong Yu Sheng mengeluarkan kenyataan media yang mendakwa pihak universiti akan menutup kawasan kampus bagi menghentikan acara pada malam esok
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena