Monday 20 October 2014

Jangan kita berbalah fasal anjing...Patutnya marahkan PENGAJURAN " SAYA MAU SENTUH ANJING" (IWTTAD)

Selasa, 21 Oktober 2014

Kerabu Bersuara

Jangan kita berbalah fasal anjing

DAKWAT SENJA                                                                                            

Nasib baik juga ada isu anjing kalau tidak perjalanan (penerbangan) pulang saya dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sore tadi menjadi panjang. Isu anjing menyebabkan pernerbangan selama 1 jam 10 minit itu menjadi pendek. Semacam saya berasakan saya tiba di Subang sebelum kapal terbang itu mendongak ke udara. Tau-tau pengumuman kapal akan mendarat berkemundang di atas kabin menyedarkan lamunan saya.

Gambar Hiasan.
Semua itu ialah kerana isu anjing yang membengkak dan panas dalam kepala.

Sejak selepas chechk-insebaik saya membaca facebook dan mengintai beberapa blog dan portal berita sementara menanri kapal tiba, kepala saya sudah tersimpul dengan isu anjing - program I Want to Touch a Dog yang diadakan di Petaling Jaya itu meyendak dalam minda. Otak serabut membaca pelbagai komen dan pandangan yang bernafas memperli, mengejek dan juga memaki hamu program berkenaan.

Macam-macam ada tanggapan dan ulasan, menunjukkan kebebasan bersuara dan kepelbagaian pendapat yang tercurah dalam media baru. Ada kalanya pendapat yang dilontarkan itu macam salakan atau rengitan anak anjing pulak. Malangnya tidak banyak yang memberi pandangan yang adil, berilmu sebaliknya ada yang secara terang-terang mengaitkan dengan politik. Kenapa kita tidak membahas atau mengkritik program itu dengan baik sesuai dengan kita pengamal akhlak Muhammad s.a.w yang menganjurkan kita menegur dengan berhemah bukan berang.

Ada pendapat mengatakan program itu adalah agenda tertentu untuk memburuk dan mencemarkan Islam. Lebih sadis ada mengolakkan ia adalah agenda Yahudi yang ingin melemahkan pegangan agama orang Melayu, yang cuba menjauhkan kucing tetapi mendekatkan anjing. Ada juga menuduh program itu cuba hina ulama. Kita terlalu daif dalam berfikir dan menterjemahkan sesuatu yang tercetus, baik sengaja atau tidak sehinggakan kita tidak boleh "berkiok". Kita gagal memahami hikmah disebalik pengharaman ketat anjing mengikut Mazhab Syafie itu.

Segala perbuatan yang tidak seragam dengan kita, kita akan menunding jari kepada pihak musuh kita yang sudah digezetkan. Seolah semua apa yang berlaku adalah atas kebijaksanaan pihak musuh tanpa sedikit meletakkan ia terjadi kerana kebodohan kita. Kita jadi terlalu prejudis. Seperti mana rendahnya pandangan kita dalam menolak atau mempertikai lambang agama Kristian, iaitu Salib. Pantang melihat benda berpalang atau bercabang kita akan mengaitkan dengan salib.

Hatta kerana terlalu phobia dengan Salib Krisitan menyebabkan kita tidak boleh "berkiok". Ke mana sahaja mata kita dihalakan kita nampak simbol salib. Tengok tiang lampu eleterik dikatakan salib, Tengok pagar dianggapkan salib. Tengok grafik di sejadah yang nampak berkadas dan bersilang dikatakan salib. Kalau terlalu sensitif kepada simbol atau pun wajah-wajah seakan salib.

Kerana rasa takut yang teramat itu menyebabkan kita tidak memerhatinya dengan baik menyebabkan kita diserang salib ke mana sahaja kita pergi. Sindrom sebegini samalah dengan keadaan kita yang terlalu takutkan hantu menyebabkan bayang-bayang sendiri pun kita anggap hantu dan kita melarikan diri dari diri sendiri. Lucu. Kita adalah hipokrasi.

Perihal serangan salib Kritian ini saya kata kita lucu kerana tidak menyedari simbol atau lambang itu tertepek (ada) pada diri kita sendiri. Cuba berdiri tegak dan depakan tangan. Bukankah itu lambang salib? Dan salib itu diambil dari peristiwa penyaliban (pembunuhan Isa) Nabi Isa yang menjadi kepercayaan orang Kristian.

Jadi fahamilah dimanakah atau apakah salib itu. Kita tidak perlu menjadi takut tanpa tentu fasal sehinggakan kita kelihatan dangkal atau bodoh. Dalam hal ini apakah yang kita perlu awasi dan takut ialah kepada hakikat Salib itu sendiri yang memesongkan kepercayaan dan keyakinan kita.

Nah, begitu juga dalam isu anjing yang hangat diperkatakan kini. Kenapa kita jadi kebur dalam hal ini dan mula membuat berbagai provokasi yang mendedahkan kebodohan diri kita sendiri. Kita tidak bersetuju dengan program sentuh anjing yang dianjurkan itu. Walaupun ia boleh dimaafkan atau ada justifikasinya, elok kalau ia tidak diadakan. Tetapi apakah kita boleh menolak yang haiwan itu adalah makhluk cipataan Allah seperti kucing, arab, burung dan sebagainya.

Sebenarnya soal anjing tidak perlu diperpanjangkan dan menyalahkan kewujudan haiwan berkenaan. Apa yang patut kita kesal dan marah ialah program berkenaan. Walhal kedudukan anjing itu sendiri soal khiliafiah dan percanggahan di kalangan pendapat ulama. Pandangan Mazhab juga berbeza mengenai soal anjing.

Isu anjing itu boleh reda dan tidak merebak begitu jauh kalau kita semua saling bertanggungjawab dan berhemah. Kalau kita bertanggungjawab, kita terlebih dahulu mencari persoalan mengenai anjing itu sendiri. Cuba belak kitab atau bertanya kepada mereka yang fakeh mengenainya. Kalau kita rajin sedikit sahaja bersoal dan tidak membuat hukum berdasarkan pengetahuan kita ia tidak geger. Kita tidak akan jadi viral marahkan anjing.

Isu anjing tidak akan menerawang ke seluruh negara sehingga boleh mencemarkan sahsiah orang Melayu dan Islam negara ini. Tetapi kerana kita kurang hati-hati dan bertindak rakus maka isu anjing telah menjadi "anjing" dalam masyarakat kita Melayu Islam.

Dalam pada itu tidak boleh tidak, pihak penganjur perlu dipersalahkan. Sepatutnya sebelum menganjurkan program sentuh anjing itu, penganjur terlebih dahulu mendapat nasihat daripada pihak berwajiba dalam agama di negera ini. Ia bukan sahaja menerima pandangan ustaz-ustaz tidak memiliki apa-apa tauliah. Kerana masalah agama dan hukum dalam negara ini ia menjadi sah apabila ada cop mohor ataupun tauliah daripada kerajaan.

Penganjur sepatutnya sedar mengenai sensitiviti perasaan umat Islam bangsa Melayu negara ini. Hakikat bahawa ilmu Islam pegangan umat Melayu negara ini amat terhad. Kebanyakan kita hanya mendalami ilmu fikh sahaja, tetapi tidak dengan ilmu-ilmu lain yang masih banyak dan luas. Berapa kerat juga di kalangan kita mempelajari mengenai perbezaan Mazhab, apa lagi meraikannya. Juga jauh sekali untuk kita berijtihad dalam sesuatu perkara.

Sekiranya pihak penganjur peka mengenai perkara ini kontroversi isu anjing tidak akan berlaku dan tidaklah pula keagmaan orang Melayu dan Islam tercemar atau diketawakan oleh penganut agama lain dan juga pemegang Mazhab lain dalam Islam. Hati-hatilah kita semua dalam usaha membangkit sesuatu dan membahasnya jangan sampai menjadi fitnah kepada agama.

Dari atas kapal terbang sehinggalah ke dalam teksi minda saya tersendak dengan isu anjing dan relai sesudah membuat catatan ini. [wm.kl.7:55 pm 20/10/14]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena