Thursday 30 October 2014

Pelajar Berpolitik, Puteri UMNO amat kesal...Tengok neh! Siapa eksploitasi pelajar?

Khamis, 30 Oktober 2014
Photo: Puak2 umno bingai ni mengata org dia memang lebih kan?
Puak2 umno bingai ni mengata org dia memang lebih kan?

Yuseliza Weenona's photo.

Pidato Anwar : UM dilihat Lemah Jika Tidak Bertegas

Universiti Malaya
KUALA LUMPUR 29 Okt - Pergerakan Puteri UMNO menggesa pengurusan Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan tegas dan adil ke atas semua pelajar yang terlibat di dalam penganjuran Program Pidato Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim: '40 Tahun Dari Universiti Malaya ke Penjara' Isnin lalu.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, tanpa tindakan seumpama itu dibimbangi kepimpinan universiti tersebut dilihat atau dianggap lemah oleh masyarakat dan pelajar universiti berkenaan.

"Perkara yang menyalahi undang-undang antara kalangan pelajar tidak seharusnya berlaku kerana mereka hanya pelajar yang pastinya menjunjung peraturan demi masa depan mereka sebagai pelajar.



"Kerana itu, kejadian yang berlaku di UM malam Isnin lalu perlu dilihat secara menyeluruh, bukan hanya tertumpu pada isu disiplin pelajar supaya keputusan yang bakal dibuat telus dan adil," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mas Ermieyati mengulas tindakan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menganjurkan Program Pidato Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim: '40 Tahun Dari Universiti Malaya ke Penjara' di Dataran Dewan Tunku Canselor, UM Isnin lalu.

Jelasnya, isu pelajar berpolitik di universiti sehingga melanggar peraturan amat tidak wajar berlaku.

Tegasnya, sekiranya ditangani lebih awal imej universiti berkenaan tidak mungkin tercalar seperti hari ini.

Katanya lagi, lebih memburukkan keadaan apabila penganjur program membawa masuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam universiti itu yang jelas bertujuan membantu mencapai matlamat agenda peribadi pemimpin tersebut.

"Program malam itu telah disalah guna apabila lebih dilihat sebagai platform menghasut dan cuba mengeksploitasi pelajar ke jalanan untuk menyokong politik peribadi ketua pembangkang itu.

"Ia juga membuktikan Anwar tidak peduli kesusahan orang awam lain yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan itu," katanya.

Tambahnya, insiden yang berlaku melibatkan segelintir pelajar UM itu sekali gus memalukan seluruh warga universiti termasuk ALUMNI yang pernah menimba ilmu di institusi berkenaan.

"Puteri UMNO amat kesal sekiranya kebebasan berpolitik di kalangan pelajar disalah erti oleh masyakat dan disalah guna ini kerana pelajar merupakan generasi masa depan negara yang bertanggungjawab membawa negara ke arah perpaduan," jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena