Wednesday 29 October 2014

Tragedi Muharam 1436...Rakyat MAMPOS takpe, yang penting kroni berjaya...

Rabu, 29 Oktober 2014
Photo: ‎Kg Chubadak: Tragedi Muharam 1436 hilang kemanusiaan | 29 Oktober 2014.

Kawasan rumah penduduk Kampung Chubadak yang sudah dirobohkan oleh pemaju. (Foto dari fb)

PAS Wilayah Persekutuan berasa dukacita, sedih, pilu serta terkejut dan memandang serius kejadian perobohan rumah pasangan warga Malaysia berbangsa Melayu di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur pada hari semalam, 4hb Muharram 1436 bersamaan 28hb Oktober 2014. 

Apatah lagi apabila kami dimaklumkan bahawa rumah tersebut adalah milik pasangan warga emas yang sudah menetap di situ sekitar 45 tahun lamanya.

Apa yang lebih mengejutkan kami juga ialah, operasi perobohan itu dilaksanakan tanpa notis awal. Apatah lagi menurut laporan yang kami terima, sehingga kini pihak pemaju masih gagal melunaskan bayaran pampasan kepada pasangan warga emas tersebut. Mereka datang dan terus roboh!

Ianya merupakan satu kemalangan dan tragedi  kepada isu kemanusian dan kebajikan rakyat Malaysia. Apatah lagi mereka yang menjadi mangsa kezaliman tersebut adalah terdiri daripada golongan yang lemah dan tidak berdaya. Apa yang mereka miliki hanya semangat dan lidah untuk mengungkapkan kata-kata mempertahankan hak mereka. "Tolong jangan roboh rumah kami".  Ungkapan pendek tapi sayang adakah ianya sampai kepada perdengaran Perdana Menteri kita yang terkenal dengan ungkapan 'Rakyat didahulukan'?

Kami PAS Wilayah Persekutuan yakin rintihan itu pasti Allah s.w.t akan mendengarnya. Sekiranya isu Kampung Chubadak pun kerajaan gagal untuk mencari penyelesaian yang baik, apatah lagi rakyat Malaysia boleh harapkan daripada kerajaan ini?

Tanah sekangkang kera yang didiami pasangan warga emas yang berjasa kepada Kota Kuala Lumpur pun diambil dengan sedimikian rupa, inikan pula tanah milik rizab Melayu yang dikatakan agak terancam di tempat-tempat yang lain?

Walaupun pelbagai alasan diberikan oleh pihak DBKL kepada pemilik rumah tersebut, adakah nilai kemanusiaan juga kita tidak boleh bertolak ansur? 

Pasangan warga emas yang terdiri daripada 12 ahli keluarga tersebut bukanlah asing kepada kita, mereka berbangsa Melayu dan apa yang lebih penting daripada seorang Melayu iaitu mereka adalah manusia beragama Islam dan banyak berjasa kepada bumi kota raya ini. Tetapi inikah balasannya!

Rasulullah s.a.w bersabda: 
ثلاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَاباتٌ لهُنَّ ، لا شَكَّ فيهِنَّ : دَعْوَةُ المَظْلومِ ، و دَعْوَةُ المُسافِرِ ، و دَعْوَةُ الوالدينِ على ولدِهِما
الراوي: أبو هريرة المحدث: المصدر: صحيح الأدب المفرد - الصفحة أو الرقم: 24
خلاصة حكم المحدث: حسن
Maksudnya: Tiga doa yang akan dimustajabkan oleh Allah s.w.t. tanpa ada keraguan baginya: Pertama, doa orang yang dizalimi. Kedua, doa orang yang bermusafir dan yang ketiga, doa kedua-dua ibu bapa ke atas anak mereka. - HARAKAHDAILY 29/10/2014 - MOHD NOOR MOHAMAD.‎

Kg Chubadak: Tragedi Muharam 1436 hilang kemanusiaan  29 Oktober 2014.

Kawasan rumah penduduk Kampung Chubadak yang sudah dirobohkan oleh pemaju. (Foto dari fb)

PAS Wilayah Persekutuan berasa dukacita, sedih, pilu serta terkejut dan memandang serius kejadian perobohan rumah pasangan warga Malaysia berbangsa Melayu di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur pada hari semalam, 4hb Muharram 1436 bersamaan 28hb Oktober 2014.

Apatah lagi apabila kami dimaklumkan bahawa rumah tersebut adalah milik pasangan warga emas yang sudah menetap di situ sekitar 45 tahun lamanya.

Apa yang lebih mengejutkan kami juga ialah, operasi perobohan itu dilaksanakan tanpa notis awal. Apatah lagi menurut laporan yang kami terima, sehingga kini pihak pemaju masih gagal melunaskan bayaran pampasan kepada pasangan warga emas tersebut. Mereka datang dan terus roboh!

Ianya merupakan satu kemalangan dan tragedi kepada isu kemanusian dan kebajikan rakyat Malaysia. Apatah lagi mereka yang menjadi mangsa kezaliman tersebut adalah terdiri daripada golongan yang lemah dan tidak berdaya. Apa yang mereka miliki hanya semangat dan lidah untuk mengungkapkan kata-kata mempertahankan hak mereka. "Tolong jangan roboh rumah kami". Ungkapan pendek tapi sayang adakah ianya sampai kepada perdengaran Perdana Menteri kita yang terkenal dengan ungkapan 'Rakyat didahulukan'?

Kami PAS Wilayah Persekutuan yakin rintihan itu pasti Allah s.w.t akan mendengarnya. Sekiranya isu Kampung Chubadak pun kerajaan gagal untuk mencari penyelesaian yang baik, apatah lagi rakyat Malaysia boleh harapkan daripada kerajaan ini?

Tanah sekangkang kera yang didiami pasangan warga emas yang berjasa kepada Kota Kuala Lumpur pun diambil dengan sedimikian rupa, inikan pula tanah milik rizab Melayu yang dikatakan agak terancam di tempat-tempat yang lain?

Walaupun pelbagai alasan diberikan oleh pihak DBKL kepada pemilik rumah tersebut, adakah nilai kemanusiaan juga kita tidak boleh bertolak ansur?

Pasangan warga emas yang terdiri daripada 12 ahli keluarga tersebut bukanlah asing kepada kita, mereka berbangsa Melayu dan apa yang lebih penting daripada seorang Melayu iaitu mereka adalah manusia beragama Islam dan banyak berjasa kepada bumi kota raya ini. Tetapi inikah balasannya!

Rasulullah s.a.w bersabda:
ثلاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَاباتٌ لهُنَّ ، لا شَكَّ فيهِنَّ : دَعْوَةُ المَظْلومِ ، و دَعْوَةُ المُسافِرِ ، و دَعْوَةُ الوالدينِ على ولدِهِما
الراوي: أبو هريرة المحدث: المصدر: صحيح الأدب المفرد - الصفحة أو الرقم: 24
خلاصة حكم المحدث: حسن
Maksudnya: Tiga doa yang akan dimustajabkan oleh Allah s.w.t. tanpa ada keraguan baginya: Pertama, doa orang yang dizalimi. Kedua, doa orang yang bermusafir dan yang ketiga, doa kedua-dua ibu bapa ke atas anak mereka. - HARAKAHDAILY 29/10/2014 - MOHD NOOR MOHAMAD.


Photo: Umno laungkan "Kamilah melayu yang menjadi tuan di negara ini" Ketuanan melayu..katanya..

Gambar dibawah ni side kiri pertahan hak melayu. Gambar side kanan melayu pertahan hak cina YTL...

Kalau YTL kapitalis2 ini sekeh kepala Najib, nescaya tak ada sekor pon melayu yang berani angkat muka...

Betul ke salah?
Umno laungkan "Kamilah melayu yang menjadi tuan di negara ini" Ketuanan melayu..katanya..

Gambar dibawah ni side kiri pertahan hak melayu. Gambar side kanan melayu pertahan hak cina YTL...

Kalau YTL kapitalis2 ini sekeh kepala Najib, nescaya tak ada sekor pon melayu yang berani angkat muka...

Betul ke salah?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena