Thursday 30 October 2014

Prosiding rayuan akhir Anwar sambung esok keputusan Isnin...Sperma benda kecil boleh jumpa, kapalterbang?

Khamis, 30 Oktober 2014
Photo: Maksudnya.. kalau bab nak ngenakan org c, dsai.. sekecik2 benda BN leh carik... tapi kalau sebesar2 kapal terbang ilang x jumpa2 sebab nak sorokkan sesuatu....
Maksudnya.. kalau bab nak ngenakan org c, dsai.. sekecik2 benda BN leh carik... tapi kalau sebesar2 kapal terbang ilang x jumpa2 sebab nak sorokkan sesuatu....

Prosiding rayuan akhir Anwar sambung esok keputusan Isnin


Pasukan peguam mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes liwat selesai membentangkan hujah rayuan di hadapan lima hakim di Mahkamah Tinggi, Istana Kehakiman hari ini.
 
Ramkarpal Singh merupakan peguam terakhir pihak perayu selesai membentangkan hujah kira-kira pada pukul 1 petang.

Anwar yang ditemui sebaik sahaja sesi prosiding selesai yakin hujah yang dibentakan oleh pasukan beliau yang diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram.

"Penghargaan saya kepada dari hari pertama kepada Datuk Seri Gopal dan keterangan terakhir okeh Ramkapal sebaik mungkin dengan terperinci.

"Saya yakin tidak mungkin dan tidak munasabah untuk mendapat keputusan sebalik melepaskan saya terhadap tuduhan fitnah jahat ini," kata Anwar.

Anwar mendakwa hujah rayuan yang dibentangkan pasukan cukup kukuh.

"Saya fikir apapun boleh dijawab termasuk cadangan peguam negara dan pendakwa untuk menambah hukuman tapi semua kenyataan jijik politik kerana keterangan yang di bawa ke mahkamah terlalu kukuh.

"Saya cukup yakin mana-mana mahkamah yang patuh pada undang-undang dan patuh kepada prinsip keadilan tidak mungkin membuat keputusan sebaliknya," kata Anwar.

Prosiding mahkamah bersambung esok kerana pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memohon kepada mahkamah untuk mengemukakan hujah balas.
Posted by Anak Sungai Derhaka 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena