Friday, 24 October 2014

[Video] DSI: 'Apa hak UM halang saya?' Jika pintu pagarnya ditutup..."Saya amat arif dengan kawasan UM."

Sabtu, 25 Oktober 2014



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas bahawa beliau akan tetap menyertai pidato di Universiti Malaya (UM) pada Isnin depan, sehari sebelum keputusan kes Mahkamahnya.

Laporan menyebut, program itu dihalang oleh pentadbiran universiti, namun menurut Anwar, pihak universiti masih belum memberitahunya bahawa acara itu dibatalkan.

"Saya tetap akan pergi (ke UM). Apa hak mereka untuk halang saya?

"Saya dijemput badan pelajar tertinggi UM... Saya akan sampai ke UM dalam jam 9 malam (27 Oktober)," kata beliau.

Anwar turut ditanya sekiranya beliau akan tetap memasuki kawasan kampus jika UM, sekalipun jika pintu pagarnya ditutup.

Seraya tersenyum, Anwar yang merupakan bekas pemimpin siswa kampus tersebut berkata, "Saya amat arif dengan kawasan UM."

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sebelum ini menegaskan akan meneruskan program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus itu Isnin depan walaupun dilarang pengurusan kampus.

Larangan itu dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof seperti yang dilapor akhbar Berita Harian hari ini.

"Kita akan teruskan," kata Presiden PMUM, Fahmi Zainol kepada Malaysiakini mengulas larangan itu.

Laporan Berita Harian menyebut, Rohana mendakwa PMUM merupakan pertubuhan haram kerana tidak pernah berdaftar dengan universiti.

PMUM juga tidak pernah memohon kepada pengurusan kampus untuk mengadakan program itu, kata Rohana yang turut memberi amaran untuk mengenakan tindakan ke atas Fahmi.

Katanya, siswa berkenaan boleh digantung pengajian selama dua semester atau dikenakan denda sebanyak RM200 sekiranya tetap berdegil.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena