Tuesday 24 November 2015

Umno pecat Ketua Wanita Gopeng? Saya tahu dipecat melalui televisyen, kata Hamidah..."Tak mengejutkan", kata SU Umno Perak.

Rabu, 25 November 2015
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Saarani Mohammad berkata pemecatan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman daripada parti bukanlah sesuatu yang mengejutkan. 
TMI.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Saarani Mohammad berkata pemecatan Datuk Hamidah Osman (kiri) sebagai ketua wanita Umno Bahagian Gopeng adalah kerana laporan pelanggaran disiplin parti terhadapnya yang dikemukakan oleh Umno Bahagian Gopeng kepada Lembaga Disiplin parti. – Gambar dari Facebook, 24 November, 2015. TMI

Saya tahu dipecat melalui televisyen – Hamidah


KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau hanya tahu dipecat UMNO menerusi televisyen.

Katanya, beliau belum menerima apa-apa surat daripada parti yang memaklumkan telah dipecat.

Sehubungan itu, bekas Ketua Wanita Bahagian Gopeng itu enggan mengulas lanjut pemecatannya itu sehingga sidang media pada Jumaat ini.

“Saya tak nak komen dahulu. Saya akan buat sidang media (mengenai pemecatan) di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Setakat ini saya dengar dekat TV,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Keputusan memecat Hamidah itu diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Hamidah, bekas Exco Kerajaan Perak didapati bersalah kerana melanggar disiplin parti.

Umno pecat ketua Wanita Gopeng.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak keputusan pemecatan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dibuat kerana mahu parti itu kukuh dan terus dapat keyakinan rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 24 November, 2015.

Pengumuman itu dibuat Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di bangunan sementara Parlimen petang ini.

"Antara keputusan kita buat hari ini kita pentingkan perjalanan parti kita dalam semua aspek.

"Kita mahu parti kukuh dan terus dapat keyakinan rakyat, semua golongan yakin Umno parti yang berdiri dalam keadilan dan prinsip serta amalan yang baik dalam parti.

"Oleh itu antara keputusan kita buat, Majlis Tertinggi memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat sebagai ahli Umno kerana pelanggaran disiplin," kata Najib yang juga perdana menteri.

Hamidah sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak gentar dipecat daripada Umno ekoran seruannya agar Najib berundur.

Hamidah berkata, kenyataan itu dikeluarkannya kerana prinsipnya yang mendahulukan parti berbanding pemimpin.

"Saya berprinsip setia kepada parti, bukan kepada pemimpin. Saya tegaskan perdana menteri harus berundur dengan meletakkan jawatan.

"Takkan lebih 3 juta orang (ahli Umno) nak kena berkorban demi seorang pemimpin? Sepatutnya seorang pemimpin yang perlu berkorban untuk 3 juta ahli," katanya dipetik berkata kepada Sinar Harian.

Hamidah berkata demikian sewaktu mengulas khabar angin akan dipecat daripada Umno susulan membuat kenyataan itu.

Sebelum ini pada Mei lalu, beliau berkata, Najib perlu menerima realiti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap Umno terjejas.

Beliau bagaimanapun berharap pemecatan itu tidak akan berlaku kerana ia hanya akan memberi kesan buruk dan memecahbelahkan Umno.

Hamidah merupakan bekas ketua penerangan Wanita Umno dan bekas Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional). – 24 November, 2015.
TMI.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena