Saturday 21 November 2015

‘Baiah Yang Dikhianati’? Razman (PJ Pas Perak)...Tak payah bercakap belakang, sekarang mai kita debat, kata Datuk Dr Mujahid.

Ahad, 22 November 2015

Amanah - Tak payah bercakap belakang, sekarang mai kita debat...!

Amanah syor Razman, Mujahid debat

PARIT BUNTAR - Amanah Parlimen Parit Buntar mengesyorkan satu program debat diadakan antara Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dengan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi menjelaskan kemelut isu pengkhianatan baiah dibangkitkan Pas.

Syor itu dikemukakan setelah Amanah Parlimen Parit Buntar membidas tindakan segelintir pemimpin Pas Perak menggunakan platform ceramah menyerang Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa secara terang-terangan di khalayak umum pada 10 November lalu.

Setiausahanya, Amran Abdullah berkata, maklumat itu mendedahkan satu program ceramah bertajuk ‘Baiah Yang Dikhianati’ dilangsungkan pada tarikh itu meliputi tiga lokasi iaitu di Pekan Batu Lima, Batu 13 Jalan Pantai Kuala Kurau dan Tebuk Haji Musa, Titi Serong.

Menurutnya, dalam program yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria itu, pihaknya terkejut dan kesal dengan sikap beberapa pimpinan Pas Perak yang mencemuh secara peribadi nama Dr Mujahid dalam ceramah dianjurkan. “Saya difahamkan nama Dr Mujahid sering kali diulang-ulang sebagai pemimpin yang mengkhianati baiah oleh salah seorang pimpinan Pas dalam ceramah itu. 

“Sebagai wakil rakyat Parlimen Parit Buntar, adalah tidak wajar nama Dr Mujahid diburuk-burukkan di hadapan rakyat, lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang wakil rakyat yang sudah melaksanakan tugas dengan cemerlang.

“Sewajarnya Pas lebih lunak membicarakan isu-isu semasa dan masalah negara terutama melibatkan keperitan hidup rakyat pada ketika ini, bukan menyerang wakil rakyat kawasan dilawati,” katanya pada sidang media, di sini. Turut hadir Pengerusi Amanah Parlimen Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad dan Ketua Pemuda Amanah Parit Buntar, Hairulnizam Ishak.

Sementara itu, Hamdan mendesak perkara sebegini tidak berulang lagi memandangkan Pas sebagai parti memperjuangkan Islam tidak sewajarnya menggunakan platform ceramah untuk mencemuh pemimpin Amanah. 

Menurutnya, hubungan pemimpin Amanah dan Pas kawasan Parit Buntar juga masih baik dan tidak bermasalah ketika ini. “Berkaitan isu ini, Amanah merasakan perlu ada keseimbangan dalam menjelaskan isu sebenar berkaitan isu pengkhianatan disebutkan oleh pimpinan Pas kepada Dr Mujahid bagi mengelakkan kekeliruan rakyat Parit Buntar.

“Justeru, Amanah mengesyorkan penganjuran satu program debat antara kepimpinan utama Pas Perak seperti Razman dan Dr Mujahid bagi membolehkan rakyat Parit Buntar menilai sendiri kemelut pengkhianatan baiah yang diuar-uarkan Pas. 

“Kami bersedia menyediakan platform penganjuran debat itu di kawasan Parit Buntar dan sekiranya terdapat badan berkecuali seperti NGO ingin bekerjasama, kami amat mengalu-alukannya.

“Dr Mujahid sendiri sudah menyuarakan persetujuan dan Amanah berharap kepimpinan Pas Perak bersikap jantan untuk menyertainya demi mengelakkan rakyat terus terkeliru dengan penyebaran dakyah tidak benar,” katanya.
KedahLanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena