Sunday 15 November 2015

Hek eleh! Jamil Khir buat laporan polis terhadap NOW...NOW pulak lapor polis dakwaan salah guna dana Yapiem! "Huyooo lawan2".

Ahad, 15 November 2015

Jamil Khir akan buat laporan polis terhadap NOW hari ini..

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau terlibat dengan penyalahgunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada Ahad.

Menurut sumber, laporan polis juga akan dibuat oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (NOW) , Akmal Nasir berhubung isu sama di Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Bagaimanapun, tidak diketahui masa kedua-dua laporan itu akan dibuat.
Pada Jumaat lepas, Akmal menerusi sidang media mendakwa, wang anak yatim sebanyak RM410,978.56 telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan menteri berkenaan ketika mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat dengan sebahagian daripada jadual adalah membeli-belah bersama isterinya dan bermain golf.

Bagaimanapun, Jamil Khir yang dimaksudkan sebagai menteri itu telah membuat penafian pada hari sama dengan menyifatkan ia sebagai satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakkta sebenar.

NGO mahu polis siasat dakwaan salah guna dana Yapiem

Satu laporan polis berhubung dakwaan salah guna wang anak yatim di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dibuat hari ini oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir.

Menurut Akmal, laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini bertujuan supaya satu kertas siasatan dibuka terhadap Yapiem.

Katanya, siasatan perlu dibuat terhadap yayasan Islam tersebut, menteri yang bertanggungjawab serta ahli lembaga pemegang amanah Yapeim.
"Laporan polis ini dibuat bagi satu kertas siasatan dibuka dan siasatan dibuat.

"Laporan polis hari ini juga sebenarnya nak minta supaya pihak berkenaan disiasat sama ada berlaku salah guna kedudukan atau pecah amanah.
"Sebab itu kita harap agar pihak polis boleh mula buat siasatan dan merungkai masalah atau skandal yang dilakukan," katanya kepada pemberita di IPD Dang Wangi.

Pada Jumaat lalu, Akmal mendakwa seorang menteri Umno ke Amerika Syarikat dengan perbelanjaan RM410,978 didakwa dibayar oleh Yapiem melalui dana sebuah anak syarikat yang sepatutnya digunakan untuk anak yatim dan kanak-kanak miskin.

Malah, Akmal turut mendakwa lawatan ke Washington DC, Iowa dan Minnesota daripada 21 hingga 29 Mei 2014 itu membabitkan aktiviti golf dan kunjungan ke pusat membeli-belah.

Bagaimanapun, semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menuntut Akmal memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Jamil berkata dakwaan tersebut adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.

Akmal bagaimanapun enggan meminta maaf sebaliknya membuat laporan polis pada hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena