Sunday, 22 November 2015

Bukan Nak Menghasutlah! Perghhh..3000 Orang Berhenti Potongan Gaji di YAPEIM - BH Online

Isnin, 23 November 2015
Surat Berhenti Sumbangan YaPEIM Melalui Potongan Gaji Bulanan?

Perghhh..3000 Orang Berhenti Potongan Gaji Di YAPEIM ? BH Online

Abibullah Samsudin
Abibullah Samsudin
KOTA BHARU - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan memberi penjelasan kepada kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai  penyelewengan dana dibuktikan tidak benar. 
  
"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka benar-benar yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada Yapeim.   

"Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup berhubung isu yang melanda Yapeim anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Profesional Kelantan di sini, malam tadi. 
  
Hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Datuk Siti Zaleha Hussien dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Prof Datuk Mahamad Naser Dis.

Mengulas lanjut, Abibullah berkata Yapeim kini mempunyai kira-kira 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.

Dalam pada itu, Abibullah berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara menyeluruh.

Beliau turut mengakui ada pegawai yayasan berkenaan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.

YaPEIM menjadi perhatian sejak minggu lalu, berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurusan atasannya. - Bernama
Posted by 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena