Tuesday 17 November 2015

Yapeim boleh ambil tindakan terhadap dakwaan tidak berasas, kata Najib

Selasa, 17 November 2015
Yapeim boleh ambil tindakan terhadap dakwaan tidak berasas, kata Najib
Datuk Seri Najib Razak berkata Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) boleh ambil tindakan membersihkan namanya susulan tuduhan salah guna wang Yapeim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2015.
Datuk Seri Najib Razak berkata Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) boleh ambil tindakan membersihkan namanya susulan tuduhan salah guna wang Yapeim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2015. 

Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar di Antalya, Turki mengenai dakwaan wang Yapeim yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah disalahgunakan untuk membiayai perjalanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan rombongannya ke luar negara.
Mengenai tindakan Jamil untuk membuat laporan polis terhadap dakwaan tersebut, Najib berkata, "Kalau beliau yakin tidak bersalah, beliau boleh ambil apa-apa tindakan sama ada 'criminal defamation' ataupun civil defamation”.
Ditanya sama ada hal sedemikian merupakan satu usaha untuk mencalar imej kerajaan, beliau berkata perkara sebegitu akan sentiasa ada.
Semalam, Jamil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara.
Jamil turut menjelaskan dakwaan yang dibuat Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir  program di Amerika Syarikat (AS) bersifat bersuka ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan integritinya selaku menteri.
Menurut Jamil, lawatan beliau ke AS pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah seliaannya, terutama Yapeim dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di AS.
Ini termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika Syarikat serta Kanada. – Bernama, 16 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-pertahan-yapeim-jamil-khir#sthash.oRINDg0b.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena