Wednesday 18 November 2015

Gaji pegawai khas lebih tinggi dari gaji PM...Najib RM22,826.65, penasihat RM27,227.20. "Tak kesahlah mereka ini tidak pernah ambil gaji pun!'

Rabu, 18 November 2015

Gaji pegawai khas lebih tinggi dari gaji PM- DAP

 | November 18, 2015
Gaji Najib adalah sebanyak RM22,826.65, manakala gaji Noh Omar dan Shahrizat sebagai penasihat adalah sebanyak RM27,227.20.
Najib-Razak,-Liew-Chin-Tong,-Noh-Omar,-Shahrizat-Abdul-Jalil
KUALA LUMPUR: Gaji beberapa orang penasihat khas, duta khas dan pengerusi majlis tindakan dipersoal kerana melebihi gaji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
DAP mendedahkan gaji yang diperoleh oleh Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai penasihat Pembangunan Keusahawanan Ikhtisas Wanita, Datuk Seri Noh Omar sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor dan Datuk Seri Samy Vellu sebagai Duta Khas Malaysia Ke India dan Asia Selatan adalah RM27,227.20, lebih tinggi daripada gaji Najib, iaitu RM22,826.65.
“Saya mahu tahu rasional kerajaan membayar gaji yang tinggi kepada mereka yang disebut berbanding dengan gaji perdana menteri,” soalnya dalam satu sidang media di Parlimen pada Rabu.
Selain itu, Liew Ching Tong juga memohon kerajaan mendedahkan jikalau Jabatan Perdana Menteri melanjutkan kontrak sementara beberapa duta dan pegawai khas.
“Kontrak Samy Vellu sehingga Disember 2014 sahaja. Adakah ia dilanjutkan?,” soalnya.
Turut dipersoal adalah kontrak bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting dan juga Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing sebagai utusan khas kerajaan dilanjutkan memandangkan peruntukan untuk mereka masih tersenarai dalam bajet Jabatan Perdana Menteri.
Ong merupakan utusan khas perdana menteri ke China manakala Tiong utusan khas bertaraf menteri ke Asia Timur.

3 Comments
Norlin Shamsul Bahri · 

Tak lawan dengan gaji pengerusi dan timabaln pengerusi YPEIM..
Like · Reply · 27 mins
Saravanan Sara · 

Cari makan lah!
Like · Reply · 58 mins
Abdul Aziz Ishak · 

Tak payahlah maklum tentang gaji kerana mereka ini tidak pernah ambil gaji. Pendapat lain lebih berlipat kali ganda dari gaji.

FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena