Saturday 14 November 2015

Serangan di Paris: Dendam IS terhadap serangan udara Perancis...“Serangan ‘parisisburning’ hanyalah ‘ribut yang baru bermula’.”

Ahad, 15 November 2015
100 DIBUNUH DI KONSERT ROK
Menurut polis, sekitar 100 orang dibunuh di dewan konsert Bataclan di timur Paris, yang terletak hanya 200 meter dari bekas pejabat Charlie Hebdo yang disasarkan pengganas pada Januari lalu.
- AFP/Reuters/nd

Serangan di Paris: Dendam IS terhadap serangan udara Perancis

 | November 14, 2015
IS melabelkan Paris sebagai ‘kota yang penuh kekejian dan penyelewengan’ dan serangan itu sebagai 'ribut yang baru bermula’.
is-paris-01
PARIS: Perancis menjadi sasaran serangan militan IS ekoran berlaku tentangan terhadap Islam di negara itu selain susulan serangan udara Perancis terhadap wilayah IS.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh militan IS terhadap serangan di enam lokasi berbeza di Paris.
“Serangan ini dibuat kerana penghinaan yang sering dibuat ke atas Nabi Muhammad.
“Perancis merupakan sasaran utama kami,” petik kata kenyataan yang dikeluarkan dalam bahasa Perancis itu, lapor Express.co.uk.
Menurut kenyataan itu, IS melaporkan pihaknya telah mengkaji lokasi-lokasi serangan dan ia dilaksanakan oleh para pejuangnya menggunakan mesingan dan juga tali pinggang dengan bahan letupan.
“Para pejuang kami memang sudah menyasarkan ‘kota yang penuh kekejian dan penyelewengan’ ini.
“Serangan tersebut hanyalah ‘ribut yang baru bermula’,” kata kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu militan IS turut dikesan menyambut serangan tersebut dengan berkongsi hashtag ‘parisisburning’.
Mereka turut menamakan kota London, Rome and Washington DC sebagai sasaran serangan akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena