Friday 20 November 2015

"Tak cukup nyiru, lori besar kami sediakan"...Amanah sanggup sedia ‘lori besar’ sambut Husam.

Jumaat, 20 November 2015
Amanah sanggup sedia ‘lori besar’ sambut Husam 
Mohd-Anuar-Tahi_husam-musa_600
Husam Musa bakal menjadi aset besar kepada Amanah kerana kecemerlangannya ketika menjadi Exco Kerajaan Kelantan. 

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia untuk menerima bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sekiranya beliau dipecat. 

Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata pihaknya sedia untuk menerima Husam malah mendoakan beliau segera menyertai parti bongsu dalam Pakatan Harapan (PH). 

“Kalau dia mahu sertai, kita sedia untuk menerima. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan dan sekiranya tidak muat kereta kancil, lori besar kami sediakan. 

“Malah sejak pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelihatan Husam telah dipinggirkan oleh partinya sendiri,” ujarnya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara pada Jumaat. 

Namun, katanya, Amanah tidak menjanjikan apa-apa jawatan kepada Husam jika menyertai Amanah. “Walaupun tiada jawatan di dalam parti, Husam berhak mengkritik dan memberikan pandangan. Malahan pihak pimpinan tertinggi sedia menerima teguran beliau,” katanya lagi. 

Mohd Anuar turut mengakui sekiranya Husam sertai Amanah, beliau akan menjadi aset besar kepada parti itu kerana beliau memiliki rekod cemerlang sepanjang menjadi EXCO Kerajaan Kelantan. 

“Kita tahu beliau merupakan pemimpin yang hebat kerana di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz, kita dapat lihat kecemerlangannya. Malah, beliau juga pernah mengetuai pelbagai biro,” katanya.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena