Saturday 14 November 2015

[Video PU Syed] Akhirnya menteri buka mulut jawab isu bersuka-ria...Akmal Nasir (NOW) tidak akan minta maaf.

Sabtu, 14 November 2015


Akhirnya menteri buka mulut jawab isu bersuka-ria guna dana anak yatim

Jamil Khir Baharom

SHAH ALAM – Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan dakwaan mengatakan beliau menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) adalah satu fitnah besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, dakwaan yang dilemparkan oleh National Oversight and Whistleblowers (Now) menyimpang daripada fakta sebenar selain menjelaskan beliau hanya mengikuti rombongan bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan beliau.

"Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya. Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.


Jelas Jamil lagi, program yang disertainya itu dianjurkan Yapeim dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat (AS) dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 orang pelajar daripada AS dan Kanada.

"Justeru dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri. Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya," tegas Jamil.

Pengarah Now, Akmal Nasir hari ini mendakwa Jamil menggunakan dana milik Yapeim bagi membiayai perjalanan lawatan ke Amerika Syarikat bersama isterinya pada tahun lalu.

Menurut Akmal, rombongan tersebut yang melibatkan perjalanan selama sembilan hari menelan kos keseluruhan RM 410,978.56.

Memetik invois yang dibilkan kepada Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) yang diperolehnya, Akmal mendakwa, lawatan ke Washington DC, Iowa dan Minnesota daripada 21 hingga 29 Mei 2014 itu membabitkan aktiviti golf dan kunjungan ke pusat membeli-belah.

Jamil dalam kenyataan hari ini memberikan Akmal dan sebuah portal media tempatan tempoh 24 jam untuk menarik balik semua dakwaan dan fitnah terhadap beliau dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya,” ujarnya lagi.


Panas!! Dakwaan Salah Guna Wang: Pengarah NOW, Akmal Nasir Tidak Akan Minta Maaf Kepada Menteri.. Jom Terjah!



Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir tidak akan minta maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Daripada bukti yang dikemukakan dan kenyataan beliau semalam, beliau yang gunakan wang tersebut, bukan saya. Jadi kenapa saya yang perlu minta maaf?

“Saya rasa persoalan itu (meminta maaf) tidak timbul untuk saya. Saya tidak minta maaflah. Saya nak minta maaf untuk apa?” katanya di sidang media di pejabat NOW di Sungai Besi hari ini.

Semalam Jamil Khir memberi tempoh selama 24 kepada Akmal untuk meminta maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang kerana mengaitkan beliau dengan dakwaan salah guna wang yayasan kebajikan.

Sebelumnya Akmal mendakwa ada menteri menyalahgunakan duit untuk anak yatim dan miskin bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah.- MK

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena