Saturday 14 November 2015

Kelantan 'akan jatuh' ke tangan BN pada PRU14? Hanya LGE saja yang menelefon bertanya saya selamat atau tidak, kata Husam

Ahad, 15 November 2015

Kelantan akan jatuh ke tangan BN di PRU14 jika tiada reformasi, kata Husam

Pentadbiran Kelantan perlu kembali kepada cara-cara pemimpin PAS sebelum ini, kata seorang pemimpin berpengaruh negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insider,  November 14, 2015.
Pentadbiran Kelantan perlu kembali kepada cara-cara pemimpin PAS sebelum ini, kata seorang pemimpin berpengaruh negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, November 14, 2015. 

Pentadbiran negeri sekarang di bawah Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob perlu kembali kepada cara-cara pemimpin sebelum ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata bekas anggota kanan exco kerajaan negeri itu.
Ahmad menggantikan Allahyarham Nik Aziz selepas PRU ke-13.
Nik Aziz, menteri besar selama 23 tahun, membangunkan sebuah model untuk menguruskan negeri pantai timur yang banyak ketinggalan dari segi pembangunan itu, yang dipegang PAS selama 2 dekad, kata Husam.
“Kerajaan negeri perlu melalui pembaharuan dan diletakkan di atas landasan yang dibuat Nik Aziz... ia terbukti berkesan dan menjadikan Kelantan berjaya dari segi politik,” kata Husam kepada hadirin pada satu sesi dialog di Kota Baru, Kelantan, semalam.
Husam merupakan anggota exco kanan negeri semasa pentadbiran Nik Aziz. Beliau dikatakan dibimbing untuk dijadikan bakal menteri besar Kelantan pada masa depan.
Husam digugurkan dari pentadbiran Ahmad pada 2013 tetapi kekal sebagai tokoh yang popular dan berpengaruh dalam PAS, dan merupakan sebahagian daripada pemimpin PAS yang digelar “puak progresif”. 
Dalam beberapa bulan yang lalu, Husam yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, dilihat kerap berselisih faham dengan anggota pentadbiran Ahmad.
Kritikan beliau yang paling lantang ialah berkenaan pengurusan kerajaan Kelantan dalam isu konsesi pembalakan yang didakwanya tidak telus.
Pada dialog malam tadi, Husam berkata menjadi tanggungjawabnya sebagai aktivis PAS yang setia dan bersemangat untuk menawarkan nasihat kepada parti dan kerajaan negeri.
"Saya berdiri di tengah-tengah di sini, terpulang kepada PAS untuk mendengar nasihat saya atau tidak.
"PAS perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Kelantan," katanya.
Beliau berkata, Umno sudah bersedia menunggu untuk mengambil alih Kelantan dan ini boleh dilihat pada perhimpunan mereka baru-baru ini yang bertemakan "Umno akan miliki Kelantan pada PRU14".
"Mereka mahu mengambil alih Kelantan dan konvensyen ini penting untuk Umno," kata Husam kepada penonton.
Ketika dialog yang berlangsung selama 2 jam itu, Husam turut menyentuh mengenai ancaman bunuh yang diterima beliau dan isteri, didakwa dibuat selepas beliau mengkritik dasar pembalakan kerajaan negeri.
"Apabila saya terima ugutan bunuh, tidak ada sesiapa pun yang menghubungi saya. Cuma (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng saja yang menelefon bertanya saya selamat atau tidak. Tetapi tidak pemimpin parti saya.
"Isteri menteri besar Kelantan juga menghantar mesej kepada isteri saya dan kami benar-benar menghargainya."
Husam juga mengulas cadangan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamad supaya beliau meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) memandangkan beliau tidak lagi sehaluan dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Dia tidak berhak minta saya keluar parti, sama juga saya tidak berhak meminta beliau keluar. Apa salah yang saya buat? Tunjukkan kepada saya terlebih dahulu, apa salah saya?
"Dalam Islam, adakah mengkritik itu salah? Sebenarnya, ia sebaliknya. Salah jika kita tidak mengkritik apabila melihat sesuatu yang salah. Saya mengkritik PAS untuk menjadikannya lebih baik," katanya. – 14 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kelantan-akan-jatuh-ke-tangan-bn-di-pru14-jika-tiada-reformasi-kata-husam#sthash.mesninUT.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena