Saturday 14 November 2015

[Video] Serangan Pengganas di Perancis : Sekurangnya 140 Terbunuh, Mangsa Cerita Detik Cemas - VIDEO

Sabtu, 14 November 2015

Perancis : Sekurang-kurangnya 140 orang telah disahkan terbunuh dalam beberapa siri serangan di Perancis yang berlaku awal pagi tadi (waktu tempatan).

Empat yang disyaki penyerang adalah antara yang maut. Tiga darinya ditemui di dalam dewan konsert Bataclan manakala seorang lagi dijumpai mati berdekatan Stadium Stade de France dipercayai ketika melancarkan serangan berani mati berdekatan stadium terbabit.

Stadium yang dipenuhi penonton itu menjadi gempar apabila bunyi letupan kuat kedengaran di luar stadium. Rakaman video perlawanan bola yang sedang berlangsung merakamkan bunyi letupan tersebut.

Salah seorang mangsa di dewan konsert, Frederic Nowak menceritakan detik cemas apabila melihat dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai.

"Ia 30 minit selepas konsert bermula apabila saya melihat dua orang lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai menggunakan mesin-gun. Saya pada mulanya menyorok di belakang speaker. Lelaki-lelaki terbabit melepaskan tembakan rambang termasuklah mereka yang sedang meniarap di atas tanah. Kemudian saya mengikut beberapa orang yang melarikan diri melalui satu pintu di bahagian kanan pentas.", kata Nowak sambil menambah dia dan 40 orang yang lain berjaya keluar dari situ melalui bumbung atap.

"Ianya satu pertumpahan darah. Orang ramai menjerit. Ia berlaku selama 10 minit. 10 minit yang ngeri dimana semua orang yang meniarap di atas lantai sambil memegang kepala mereka. Mereka tidak menjerit apa-apa. Mereka (pengganas) menembak orang ramai di atas lantai", cerita seorang wartawan radio, Julien Pearce.

Sementara itu, Presiden Perancis, Francois Hollande mengisytiharkan darurat dan beberapa pintu keluar masuk ke Prancis ditutup.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena